Tuesday, 1 November 2011

PBRS MENANG BESAR JIKA TIADA SABOTAJ


(Maaf gambar kurang berkualiti)

Oleh : MEDIA PBRS

PARTI Bersatu Rakyat (PBRS) terus membawa perubahan kepada rakyat sesuai dengan slogan parti itu berjuang untuk kecemerlangan rakyat dengan ikrar membasmi kemiskinan terutamanya di kawasan luar Bandar.

Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup berkata, banyak perubahan berlaku di kawasan P.182 Pensiangan berkat hubungan yang baik antara PBRS dengan kerajaan Persekutuan; manakala wakil rakyat PBRS adalah wakil rakyat yang rajin turun padang dan melihat rakyat.

Joseph Kurup berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Tahunan PBRS N.37 Sook dan N.38 Nabawan di Keningau. Turut hadir Timbalan Presiden, Datuk Ellron Angin.

“Jangan ukur pemimpin tersebut melalui umur, tetapi ukurlah mereka melalui pencapaian dan terbukti dapat membawa perubahan kepada rakyat,” kata Kurup yang juga Ahli Parlimen 182 Pensiangan.

Beliau juga menyeru kepada rakyat agar memberi sokongan kepada parti tempatan seperti PBRS. Kurup berkata PBRS-BN Pensiangan dijangka menang besar pada pilihanraya yang akan datang sekiranya tidak berlaku sabotaj dari rakan-rakan komponen yang lain. Beliau memberitahu musuh tersebut telah dikenal pasti dan pada pilihanraya yang lalu telah mensabotaj calon BN.

Mengenai perubahan yang dibawa ke kawasan Pensiangan, Kurup berkata rakyat adalah keutamaan kerajaan. Antara lainnya projek yang dijalankan pada ketika ini ialan naiktaraf Jalan Raya Sook-Sinua bernilai RM300 juta; Penyelenggaraan Jalan Magatang RM98 juta; Pembekalan Air Bersih RM8 juta di Daerah Kecil Pagalungan; penyelenggaraan 20 batang jalan raya di Daerah Nabawan; RM5 juta untuk penyelenggaraan jalan balak dari Karamatoi-Penggaraan kini telah siap dan banyak kemudahan yang sedang dilaksanakan pada ketika ini.

“PBRS juga mengambil berat soal kebajikan, kesihatan dan pendidikan kerana banyak program dianjurkan oleh parti ini melalui pergerakan pemuda dan wanitanya,” kata Kurup.

Dalam pada itu, Pergerakan Pemuda PBRS Sook menyokong penuh agar Tan Sri Joseph Kurup dan Datuk Ellron Angin dicalonkan semula di kawasan masing-masing kerana wakil rakyat itu telah menunjukkan kesungguhan mereka membela dan menjaga rakyat.

No comments:

Post a Comment