Tuesday, 1 November 2011

ELAK REMAJA TERJEBAK MAKSIAT



Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

KETUA Bahagian UMNO Sandakan menegaskan, kaum wanita terutamanya remaja, seharusnya digalakan untuk menceburi arena sukan seperti Bola Jaring kerana bukan sekadar untuk menjaga kesihatan rohani dan jasmani agar boleh mengekang remaja wanita daripada terjerumus dengan aktiviti negatif seperti melakukan maksiat dan seks rambang.

“Kita sering terbaca berita yang tersiar di media-media mengenai kegiatan maksiat yang membabitkan di remaja perempuan, khususnya para pelajar di taman-taman peranginan dengan melakukan seks rambang dengan pasangan masing-masing tanpa memikirkan risikonya dan dosa yang dilahanati Allah SWT.”

Ampong berkata demikian ketika semasa berucap merasmikan Pertandingan Bola Jaring Wanita anjuran bersama Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM daerah Sandakan dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sandakan di gelanggang Bola Jaring, Kompleks Sandakan, kelmarin.

“Saya amat menghargai peranan dan usaha murni yang dilaksanakan oleh kedua badan ini kerana berupaya menganjurkan sukan sebegini yang melibatkan kaum wanita dan remaja kerana aktiviti seumpama ini harus dijadikan teladan oleh NGO lain di daerah Sandakan,” ujarnya.

Ampong yang juga Timbalan Yang DiPertua USIA Negeri Sabah merasa terkilan bila membaca laporan daripada Ketua USIA, Naib Ketua USIA Sandakan dalam kedua laporan yang tersiar di Portal Online Sabahkini Net baru-baru ini bahawa kegiatan maksiat di daerah Sandakan yang membabitkan ramai remaja wanita dan lelaki melakukan seks rambang di beberapa taman peranginan.

“Kenapa perkara sebegini yang menjadi isu hangat pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Sandakan tidak mengambil langkah proaktif membuat rondaan di kawasan taman-taman tersebut untuk membanteras kegiatan dikutuk masyarakat dan juga Allah SWT. Apa peranan JHEAINS terhadap senario ini?,” tanya Ampong .

Katanya, disebabkan USIA merupakan NGO dan hanya mempu menjalankan Dakwah Syiar Islamiah sahaja, maka USIA tidak mampu membanteras kegiatan bermoral berkenaan kerana tidak mempunyai kuasa; apatah lagi unit penguatkuasa yang boleh bertindak sedemikian.

Ibubapa, kata Ampong, seharusnya tidak boleh memanjakan sangat anak perempuan mereka menjadi gelandangan atau kutu rayau dan hanya pulang sesudah subuh setelah melakukan maksiat atau seks rambang dengan pasangan masing-masing.

“Apakah ibubapa mereka tidak merasa malu dengan masyarakat sekeliling kerana membiarkan anak-anak perempuan yang terjebak dalam kancah maksiat,” tegas Ampong yang kesal ibubapa sekarang tidak langsung memperdulikan hal-hal sebegini rupa, sekalipun mencemarkan nama baik keluarga dan Agama Islam.

Dalam pada itu, pertandingan yang dimulakan dari jam 7.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang telah disertai enam pasukan Bola Jaring antaranya Pasukan Generation SMK Perempuan, XX Team Gabungan, Puteri UMNO Kinabatangan, Vouge Campion, PSTL A dan B daripada Navy Sandakan

Pengerusi Penganjur yang juga Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAN Daerah Sandakan, Noraini Sulong semasa ditemui bual Sabahkini.Net antara lain menerangkan program sebegini tidak berhenti di sini sahaja kerana akan dijadikan acara bulanan dan tahunan oleh kedua-dua badan ini; dengan tujuan khusus agar kaum wanita dapat melapangkan masa yang bermanfaat, sekaligus mengelak mereka daripada terjerumus dalam aktiviti-aktiviti songsang.

“Kita sebagai kaum wanita juga merasa sedih kenapa femomena ini boleh berlaku ini semuanya berpunca daripada kelalaian para ibubapa yang gagal mendidik anak-anak perempuan mereka sehingga begitu mudah anak-anak mereka terjebak kegiatan yang terkutuk itu.”

Kata Noraini, tidak nafikan hanya 10 peratus kaum remaja yang terlibat dengan penagihan dadah, namun sebaliknya remaja wanita lebih gemar melakukan maksiat dan seks rambang dengan kekasih masing-masing,” jelas Noraini yang menggesa ibubapa agar sentiasa waspada mengawasi gerak geri anak-anak perempuan mereka.

No comments:

Post a Comment