Saturday, 2 June 2012

KERAJAAN SETUJU TUBUH RCI SIASAT PATI DI SABAH



KERAJAAN bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.

Beliau berkata kerajaan komited untuk menangani isu itu yang menurutnya mampu menjejaskan kesejahteraan dan keharmonian rakyat Sabah.

"Adalah diharapkan warga negeri Sabah akan mengambil manfaat daripada penubuhan RCI ini dan bersama-sama Kerajaan dalam mencari strategi dan pendekatan terbaik bagi menangani masalah berkaitan," katanya dalam satu kenyataan.

Najib berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan semua pihak.   

"Jabatan Peguam Negara telah diamanahkan untuk mengemukakan cadangan Terma Rujukan (TOR) dan draf asas telah disediakan.

"Bagi memastikan perjalanan RCI kelak mengambil kira pandangan semua pihak, saya telah meminta Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada semua pihak berhubung draf awal TOR sebelum ia dimuktamadkan," katanya.  

Perdana Menteri berkata penubuhan RCI tersebut merupakan manifestasi iltizam kerajaan dalam menjunjung prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Dilaporkan, jumlah pendatang asing tanpa izin di Sabah dianggarkan menjangkau 500,000 orang. (Bernama)

KUARI PASIR HARAM JEJASKAN NELAYAN DI TUARAN



TERJEJAS....Peter menunjukkan kawasan Muara Kuala Sabandar yang terjejas teruk.

TUARAN : Masyarakat nelayan tradisional sekitar daerah ini terutama yang berada di sekitar Sabandar mengesa pihak tertentu agar dapat memberi penjelasan berhubung isu pengorekan pasir terutama di muara Kuala Sabandar yang di dakwa menjejaskan hasil harian mereka.
Selain itu, aktiviti pengorekan pasir itu juga dilihat sudah tidak terkawal apabila pihak pengusaha telah meluaskan kerja-kerja pengorekan mereka hingga ke persisiran pantai Sabandar dan keadaan ini telah menjejaskan ecosistem pantai berkenaan.
Salah seorang nelayan tradisional, Adin, berkata beliau kini hanya mampu memperolehi hasil pendapatan dari penangkapan ikan di kawasan itu dalam sekitar RM 10 ke RM15 sehari berbanding sebelum aktiviti pengorekan pasir dijalankan di kawasan itu iaitu sekitar RM50 sehari dan keadaan ini sudah pasti tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarganya.
Tinjauan yang di buat melalui jalan darat dan laut oleh Pengerusi DAP Tuaran merangkap Naib Pengerusi DAP Sabah, Peter Liew mendapati lebih kurang 10 hektar kawasan terjejas teruk melibatkan  Muara Kuala Sabandar akibat aktiviti yang tidak terkawal ini.
Sehubungan itu Peter meminta kerjasama semua pihak terutama Jabatan Alam Sekitar Sabah dan Pegawai Daerah Tuaran turun meninjau sendiri kawasan tersebut untuk membuat penilaian dan membuat tindakan sewajarnya.

“Keadaan sudah amat kritikal dan saya pasti untuk pulih mengambil masa yang amat panjang, ini kerana pasir yang dipam kini telah sampai ke tebing pantai Sabandar. Ini juga melibatkan pasir laut yang disedut dan dijual atas nama pasir sungai. Pengguna juga sudah pasti terpedaya dengan taktik kotor pengusaha," kata Peter.

Friday, 1 June 2012

SPRM SAMBUNG SIASATAN RASUAH AZMIN



KUALA LUMPUR : Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengarahkan siasatan dijalankan terhadap bekas setiausaha sulit Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, yang didakwa memiliki aset dan harta melebihi pendapatan penjawat awam, antara 1995 dan 1997.

Pengerusinya Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil berkata panel mengarahkan SPRM menyambung siasatan berdasarkan kertas laporan siasatan yang dibuka pada 2009.

“Kertas siasatan itu disambung semula berdasarkan maklumat tambahan yang terbaru dan ia disiasat untuk memastikan kebenaran dakwaan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata mereka yang terbabit dalam siasatan itu termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri dan kini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Katanya cabaran utama untuk menyiasat kes berkenaan adalah mencari bukti kukuh kerana kes berlaku pada 1995 dan telah agak lama.

Pengendali portal Malaysia-Today Raja Petra Kamarudin mendakwa mendapat maklumat mengenai salah guna kuasa oleh Anwar untuk menghalang siasatan terhadap Mohamed Azmin daripada seorang bekas pegawai kanan Badan Pencegah Rasuah (BPR), yang menyerahkan dokumen sulit bertarikh 15 Mei 1995 itu di London bulan lalu.

Dalam portalnya, Raja Petra mendakwa berdasarkan dokumen mengikut Akta Rahsia Rasmi, BPR mempunyai bukti jelas Mohamed Azmin dan isteri, Shamsidar Taharin memiliki saham, rumah dan kereta mewah bernilai kira-kira RM1.5 juta dan hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai dan cek.

Hadenan berkata siasatan terhadap Azmin akan mengambil masa lama selain cabaran menentukan apakah seksyen yang bersesuaian untuk disiasat pada masa kini kerana terdapat perbezaan peruntukan undang-undang.

“Pada ketika ini adalah salah bagi penjawat awam yang memiliki aset melebihi pendapatan dan diragui punca hasilnya mengikut Seksyen 36 Akta Pencegahan Rasuah 2009,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata kes itu berlaku pada 1995 dan pada ketika itu undang-undang terpakai adalah mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1961 yang tidak mempunyai peruntukan undang-undang sekarang.

Beliau berkata mengikut undang-undang 1961, kesalahan seperti itu hanya memperuntukkan tindakan tatatertib oleh jabatan.

Hadenan berkata bagaimanapun panel penilaian mendapati adalah wajar satu siasatan dijalankan bagi memastikan kebenaran dalam dakwaan itu.

Katanya SPRM juga akan memanggil bekas Ketua Pengarah SPRM pada ketika itu, Shafee Yahaya manakala pegawai penyiasat kes tersebut telah meninggal dunia. (Bernama)

PROF CUTS OFF WIFE'S LIPS AND EATS THEM




A PROFESSOR who believed his young wife to be having an affair allegedly cut off her lips in a fit of jealousy and ate them, a report said Thursday.

"He cut off her lips and ate them," Swedish daily Aftonbladet quoted an unnamed source close to the case as saying.

"He doesn't seem to regret anything. He thinks she is the one who has offended him,' the source added.

The man, an associate professor at Sweden's prestigious Karolinska Institute whose name was not given, was reportedly being held on suspicion of attempted murder, according to the report.

NAJIB LANCAR PROSPEKTUS TAWARAN AWAM FGVH



PEGANG....Najib (tengah) memegang buku prospektus IPO FGVH di sebuah majlis pelancaran di Kuala Lumpur, 31 Mei 2012.

KUALA LUMPUR : Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), operator kelapa sawit ketiga terbesar di dunia, hari ini melancarkan prospektus tawaran awam permulaan (IPO).

Saham-saham syarikat dijangka disenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd pada 28 Jun, 2012. Prospektus itu dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menerusi IPO itu, FGV akan menawarkan sehingga 2.19 bilion saham biasa kepada pelabur Malaysia dan institusi asing, termasuk pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, selain pelabur runcit.

Bahagian runcit IPO yang mengandungi 273.61 juta saham berharga kurang daripada RM4.55 dan 98 peratus harga tawaran institusi, yang mana lebih rendah.

Harga institusi akan diputuskan berdasarkan proses penetapan harga.

Presiden Kumpulan FGV Datuk Sabri Ahmad berkata penyenaraian itu merupakan kejayaan Felda dalam usahanya mentransformasikan syarikat daripada juara Malaysia kepada konglomerat serantau utama serta perniagaan multinasional.

“Sebahagian daripada proses IPO itu dijangka digunakan untuk perbelanjaan modal bagi meningkatkan kecekapan selain meluaskan keupayaan, pengambilalihan ladang, peluasan aktiviti hiliran dan keperluan modal kerja yang lain,” katanya pada pelancaran prospektus itu.

Inisiatif strategik dalam meningkatkan kecekapan termasuk program penanaman semula kelapa sawit bagi meningkatkan profil usia kira-kira 15,000 hektar setahun menggunakan bahan penanam Felda yang pernah memenangi anugerah, bagi meningkatkan pengeluaran tandan buah segar serta memperbaiki kadar perahan minyak.

Keuntungan itu juga akan digunakan untuk pengambilalihan berpotensi bank tanah tambahan di Asia Tenggara dan Afrika untuk penanaman semula kelapa sawit dan getah menjelang 2015.

Sementara itu, Felda akan meluaskan aktiviti hilirannya bagi meningkatkan nilai produk huluan. Ini termasuk pengambilalihan dan pelaburan seterusnya dalam aset penapisan, kemudahan pukal dan kilang pembungkusan pengguna.

Pada masa yang sama FGV akan terus memberi tumpuan terhadap pembangunan dan penyelidikan huluan dan hiliran bagi mengekalkan kelestarian perniagaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Investment Bank Bhd, Datuk Charon Wardini Mokhzani, berkata penyenaraian FGV merupakan IPO terbesar di Asia tahun ini, IPO terbesar di dunia tahun ini selepas Facebook dan IPO terbesar di Malaysia selepas Petronas Chemical Group pada November 2010.

Beliau berkata 2.3 bilion saham yang mewakili 63 peratus modal saham syarikat yang diperbesar sebanyak 3.65 bilion saham ditawarkan: 1.3 bilion menerusi tawaran jualan oleh Felda dan 980 juta menerusi terbitan awam oleh syarikat.

Pelabur institusi ditawarkan 1.9 bilion saham atau 52.5 peratus daripada modal yang diperbesar, dengan:

• 723.5 juta saham (19.8 peratus) daripada modal yang diperbesar diperuntukkan kepada pelabur bebas;

• 395.6 juta saham (10.8 peratsu) kepada kerajaan-kerajaan negeri

• 91.2 juta saham (2.5 peratus) kepada pelabur strategik

• 419.5 juta saham (11.5 peratus) kepada institusi Bumiputera dan pelabur yang dipilih dan diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dan

• 285.4 juta saham (7.8 peratus) untuk pelabur institusi.

“Terdapat opsyen lebihan peruntukan sebanyak 109.4 juta saham atau tiga peratus,” katanya.

Charon berkata peneroka dan petugas syarikat yang layak, diberikan peruntukan pilihan sehingga 200.6 juta saham atau 5.5 peratus, pada harga runcit menerusi borang langgaan pekerja (borang pink) dan “Blue Form”.

“Pelabur runcit ditawarkan 73 juta saham, atau dua peratus pada harga runcit RM4.55 sesaham atau dua peratus diskaun berbanding harga muktamad institusi, yang mana lebih rendah, katanya.

Ia merupakan IPO global utama. Dengan andaian harga runcit pada RM4.55, penawaran itu akan mengumpul kira-kira RM10.5 bilion untuk Felda Global dan Felda, dan akan memberikan Felda Global permodalan pasaran melebihi RM16 bilion.(Bernama)