Saturday, 2 June 2012

KERAJAAN SETUJU TUBUH RCI SIASAT PATI DI SABAH



KERAJAAN bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.

Beliau berkata kerajaan komited untuk menangani isu itu yang menurutnya mampu menjejaskan kesejahteraan dan keharmonian rakyat Sabah.

"Adalah diharapkan warga negeri Sabah akan mengambil manfaat daripada penubuhan RCI ini dan bersama-sama Kerajaan dalam mencari strategi dan pendekatan terbaik bagi menangani masalah berkaitan," katanya dalam satu kenyataan.

Najib berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan semua pihak.   

"Jabatan Peguam Negara telah diamanahkan untuk mengemukakan cadangan Terma Rujukan (TOR) dan draf asas telah disediakan.

"Bagi memastikan perjalanan RCI kelak mengambil kira pandangan semua pihak, saya telah meminta Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada semua pihak berhubung draf awal TOR sebelum ia dimuktamadkan," katanya.  

Perdana Menteri berkata penubuhan RCI tersebut merupakan manifestasi iltizam kerajaan dalam menjunjung prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Dilaporkan, jumlah pendatang asing tanpa izin di Sabah dianggarkan menjangkau 500,000 orang. (Bernama)

30 comments:

  1. Najib has already agreed to have the RCI last friday, hope that the Terms of Reference can be finalized soon.

    ReplyDelete
  2. The 500,000 illegal immigrants in Sabah must be resolved, hope that the RCI will help put these problem to rights.

    ReplyDelete
  3. PM dah setuju dgn penubuhan RCI, dgn ini pasti ia akan ditubuhkan tak lama lagi.

    ReplyDelete
  4. moga dgn ini, isu PATI di Sabah dpt diselesaikan.

    ReplyDelete
  5. harap ada berita baik mengenai TOR yang sedang dirumuskan oleh pihak Najib/Jabatan Peguam Negara

    ReplyDelete
  6. nampaknya kerajaan memang prihatin akan masalah PTI yang dihadapi oleh Sabah

    ReplyDelete
  7. sudah lama rakyat Sabah menyatakan hasrat mereka untuk melihat RCI dilaksanakan sebelum GE13

    ReplyDelete
  8. harap Perdana Menteri akhirnya akan membuat pengumuman mengenai penubuhan RCI ini

    ReplyDelete
  9. semoga permintaan rakyat Sabah ini termakbul jua

    ReplyDelete
  10. Finally! But when will the investigation starts? Who will be the RCI members?

    ReplyDelete
  11. Moga-moga keputusan Najib ikhlas untuk membantu menyelesaikan masalah PATI.

    ReplyDelete
  12. Jika benar ditubuhkan, siapakah yang akan menjawat jawatan penting?

    ReplyDelete
  13. Yang menjalankan siasatan harus tidak dikongkong mana-mana parti atau jabatan.

    ReplyDelete
  14. Harapkan dengan RCI, masalah PATI dapat ditanggani dengan lebih wajar.

    ReplyDelete
  15. Tidak lama lagi penubuhan RCI ini akan diumumkan oleh PM kita. Maka kita harap dengan adanya RCI ini akan dapat membantu mengurangkan masalah PATI dan juga projek IC.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TOR tu harus disegerakan, supaya pelaksanaan dapat dijalankan dengan segera

      Delete
  16. Ini bukti keprihatinan Kerajaan terhadap masalah yang dihadapi oleh penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  17. Pelaksanaan RCI harus tegas untuk mencapai objektif penubuhan.

    ReplyDelete
  18. seperti yang diharapkan oleh pemimpin2 kerajaan, pembangkang dan juga rakyat.. akhirnya RCI diumumkan juga.. sebelum ini bukan main lagi pembangkang mendesak Najib untuk umum RCI, malah tidak kurang juga yang menuduh Najib cuba membohongi rakyat kononnya beliau tidak akan menubuhkan RCI.. kenapa setelah diumumkan, tidak ada pemimpin2 hipokrit ini yang tampil memuji kesungguhan dan keberanian Najib??

    ReplyDelete
  19. The government has agreed to set up a royal commission of inquiry (RCI) to investigate problems related to illegal immigrants in Sabah, Prime Minister Najib Abdul Razak announced recently.

    ReplyDelete
  20. This is indeed a positive indicator that the government was committed to resolving the issue as it could affect the well-being of the people of Sabah.

    ReplyDelete
  21. Sabahans OUGHT to take advantage of this RCI and together with the government find the strategies and best approaches to tackle the problems concerned.

    ReplyDelete
  22. It's not suprise since our nation's democracy is modeled after the Westminster system. Therefore it is not a not a new concept with respect to the Royal Commission.

    ReplyDelete
  23. It is a major ad-hoc formal public inquiry into a defined issue but restricted to the "Terms of Reference" of the Commission. The Royal Commission "act in the stead of the Sovereign to grant Royal Assent to legislation passed by Parliament".

    ReplyDelete
  24. The question of the efficiency if this Royal Commission is still too early to determined due to the a fact that the Royal Commission of being restricted by the Term Of Reference. Until this TOR has been finalized, one can only speculate, just as before before the anouncement of the RCI.

    ReplyDelete
  25. Prior to this, Pairin and other KDM leader share a common concern over this matter and continuously push for this matter within the State Cabinet up to the Federal Administration.

    ReplyDelete
  26. The way I see it, This RCI is not a definite solution to the question of illegal immigrants; but I believe that this RCI serves to look into the issue that concerns it.

    ReplyDelete
  27. Hopefully with the findings of this form of public inquiry, it will have a significant impact on policy as well as action plans burrently undertaken both by state and federal level to handle this question.

    ReplyDelete
  28. Apart from that dealing, I believe when handling with this question, our actions MUST be in accordance with the 'rules of engagement that has been set up by the UN.

    ReplyDelete