KUALA LUMPUR : Panel
Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengarahkan
siasatan dijalankan terhadap bekas setiausaha sulit Timbalan Perdana Menteri
dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, yang didakwa
memiliki aset dan harta melebihi pendapatan penjawat awam, antara 1995 dan
1997.
Pengerusinya Tan Sri Dr
Hadenan Abdul Jalil berkata panel mengarahkan SPRM menyambung siasatan
berdasarkan kertas laporan siasatan yang dibuka pada 2009.
“Kertas siasatan itu disambung
semula berdasarkan maklumat tambahan yang terbaru dan ia disiasat untuk
memastikan kebenaran dakwaan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata mereka yang
terbabit dalam siasatan itu termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri dan kini
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipanggil untuk diambil
keterangan bagi membantu siasatan.
Katanya cabaran utama untuk
menyiasat kes berkenaan adalah mencari bukti kukuh kerana kes berlaku pada 1995
dan telah agak lama.
Pengendali portal
Malaysia-Today Raja Petra Kamarudin mendakwa mendapat maklumat mengenai salah
guna kuasa oleh Anwar untuk menghalang siasatan terhadap Mohamed Azmin daripada
seorang bekas pegawai kanan Badan Pencegah Rasuah (BPR), yang menyerahkan
dokumen sulit bertarikh 15 Mei 1995 itu di London bulan lalu.
Dalam portalnya, Raja Petra
mendakwa berdasarkan dokumen mengikut Akta Rahsia Rasmi, BPR mempunyai bukti
jelas Mohamed Azmin dan isteri, Shamsidar Taharin memiliki saham, rumah dan
kereta mewah bernilai kira-kira RM1.5 juta dan hampir RM10 juta dalam bentuk
wang tunai dan cek.
Hadenan berkata siasatan
terhadap Azmin akan mengambil masa lama selain cabaran menentukan apakah
seksyen yang bersesuaian untuk disiasat pada masa kini kerana terdapat
perbezaan peruntukan undang-undang.
“Pada ketika ini adalah
salah bagi penjawat awam yang memiliki aset melebihi pendapatan dan diragui
punca hasilnya mengikut Seksyen 36 Akta Pencegahan Rasuah 2009,” katanya.
Beliau bagaimanapun berkata
kes itu berlaku pada 1995 dan pada ketika itu undang-undang terpakai adalah
mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1961 yang tidak mempunyai peruntukan
undang-undang sekarang.
Beliau berkata mengikut
undang-undang 1961, kesalahan seperti itu hanya memperuntukkan tindakan
tatatertib oleh jabatan.
Hadenan berkata bagaimanapun
panel penilaian mendapati adalah wajar satu siasatan dijalankan bagi memastikan
kebenaran dalam dakwaan itu.
Katanya SPRM juga akan
memanggil bekas Ketua Pengarah SPRM pada ketika itu, Shafee Yahaya manakala
pegawai penyiasat kes tersebut telah meninggal dunia. (Bernama)
Azmin Ali's scandal should be investigated thoroughly by the MACC to find out the truth behind the allegations.
ReplyDeleteAzmin should step up and explain about this allegation, are there any truth the allegations are based on. Never mind, I doubt he will admit anything, whether true or not.
ReplyDeleteMany ways are taken to bring down your rivals. Don't think Azmin will be in a safe condition.
ReplyDeleteRupanya Azmin ini kaya juga. Teruskan siasatan terhadap beliau.
ReplyDeletekekayaan yang meragukan, memang patut disiasat.
DeleteSiasat sehingga diketahui. Jangan separuh jalan.
ReplyDeleteinikah yang dikatakan kerajaan yang bersih, cekap dan amanah??
ReplyDeletesaya harap pemimpin2 kotor ini tidak diberikan peluang oleh rakyat untuk memerintah negara ini.. betullah kata orang bahawa negara akan bankrap jika pakatan memerintah..
ReplyDelete