KOTA KINABALU : Polis Sabah
membuka kertas siasatan berhubung kes kematian 14 gajah Pygmy Borneo yang
dikaitkan dengan perbuatan khianat di Hutan Simpan Rara, kira-kira 139km dari
Tawau baru-baru ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah
Datuk Hamza Taib berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 429 Kanun Keseksaan
kerana mendatangkan khianat kepada binatang yang memperuntukkan hukuman penjara
maksimum lima tahun.
"Setakat ini siasatan
masih dijalankan kerana kita perlu menghantar bahan-bahan dalam badan dia
(gajah) untuk pengesahan.
"Bagi kita, siasatan
ini adalah satu siasatan yang rasmi. Jabatan Perhutanan pun buat siasatan tapi
kita nenyiasat daripada sudut jenayah," katanya kepada pemberita selepas
majlis perasmian rumah perantaaan negeri Sabah di Kepayan dekat sini, yang
disempurnakan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop.
Hamza berkata demikian
ketika diminta mengulas perkembangan terkini berhubung siasatan polis ke atas
kematian gajah berkenaan.
Semalam, Menteri
Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun mengesahkan
sehingga kini 14 gajah Pygmy Borneo ditemui mati di Hutan Simpan Rara, itu.
Masidi berkata berdasarkan
pemeriksaan awal terhadap bangkai gajah itu, punca kematian berkemungkinan
disebabkan keracunan.
Ditanya sama ada terdapat
tangkapan berhubung kes berkenaan, Hamza berkata setakat ini polis masih
mengumpul semua bahan bukti, sebelum membuat sebarang tangkapan dan rumusan.
Katanya pihaknya juga sedang
berusaha mengambil keterangan penduduk setempat di situ namun menghadapi
kekangan memandangkan lokasi kejadian agak terpencil. (Bernama)
No comments:
Post a Comment