Oleh : ZULAIKHA ZULKIFLI
BEKAS pemandu kepada pelakon
Zahida Rafik kelmarin dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM). Beliau yang ditemani Pengerusi Biro Undang-undang PKR, Latheefa Koya
serta ibu saudaranya, yang juga penyanyi terkenal tahun 1980-an, Dayangku Intan
memasuki bangunan SPRM di Putrajaya kira-kira jam 10 pagi.
Latheefa yang ditemui
pemberita di luar bangunan SPRM berkata, beliau percaya Azman dipanggil
berhubung kes dakwaannya sebelum ini yang melibatkan Zahida dan Menteri
Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.
"Saya tak tahu kenapa
dia dipanggil. Tapi saya percaya benda ni ada kaitan dengan dakwaan dia sebelum
ini tentang Shafie dan Zahida. Kena tunggulah," katanya.
Pada 16 Mei tahun lalu, Azman (tengah) dilaporkan
mendakwa, beliau pernah menemani Zahida untuk memasukkan duit berjumlah RM1
juta yang didakwa diberikan oleh Shafie.
Shafie dan Zahida sebelum
ini telah menafikan dakwaan Azman dan PKR serta mengugut akan menyaman pihak-pihak
yang didakwa cuba menfitnah mereka.
Sementara itu, Azman bersama
Latheefa keluar dari bangunan SPRM kira-kira jam 1.17 tengahari.
Pada sidang media yang
diadakan selepas itu, Latheefa memberitahu, Azman dipanggil ke SPRM sebagai
saksi dalam kes melibatkan dakwaan Zahida terhadap bekas pemandunya itu.
Menurut Latheefa lagi, Azman
memberi keterangan kira-kira satu jam setengah.
Bagaimanapun, beliau
berkata, kandungan keterangan itu tidak boleh didedahkan kerana terikat dengan
Akta Anti Penggubahan Wang Haram (AMLA).
"Keterangan telah
diambil selama kira-kira satu jam setengah. Tapi kita tak boleh dedahkan sebab
terikat dengan AMLA.bSaya percaya Azman dipanggil hari ini berkaitan dengan
pendedahan Azman mengenai wang RM1 juta tahun lalu.
"Tetapi sehingga hari
ini beliau belum didakwa atau dituduh di mahkamah," kata Latheefa.
Menurut Latheefa lagi, Azman
telah dipanggil untuk memberi keterangan pada 29 Januari lalu tetapi memilih
pada hari cuti am, hari ini kerana kesibukan masa.
Katanya lagi, Azman dipanggil
ke SPRM berkemungkinan daripada laporan yang dibuat oleh Ketua Wanita PKR
Zuraida Kamaruddin berhubung isu tersebut sebelum ini. (MKINI)
No comments:
Post a Comment