BERSEMANGAT...........Calon
BN N44 Karamunting, Charles Pang bersemangat waja untuk memastikan BN berjaya
mempertahankan kerusi Karamunting pada PRU-13 dengan majoriti yang lebih besar.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto
: MIMIE AZZARYA HAMZA
KARAMUNTING : Majoriti
pengundi, khususnya para penyokong parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) bahagian
Karamunting amat bersetuju dan menyokong penuh pemilihan calon BN daripada
(LDP) bagi mempertahankan kerusi tersebut.
Calon BN bagi kerusi DUN
Karamunting yang merupakan muka baru, Charles Pang Su Ping yang berusia 48
tahun dan berkelulusan Bachelor Of Science (Accounting ) dari City University,
Seattle Washington USA dan M.B.A Dean’s List City University, Seattle
Washington USA akan berdepan dengan pertandingan tiga penjuru.
Dalam temubual eksklusif
dengan Sabahkini.Net di pejabatnya di Bandar Ramai-Ramai, dekat sini, kelmarin
beliau sama sekali tidak menduga akan dipilih sebagai calon BN Karamunting kerana
selama ini beliau tidak pernah melobi sehingga Presiden LDP, Datuk Liew Vui
Keong memberi tahu beliau calon BN bagi DUN Karamunting.
"Sebelum ini para
pemerhati politik meramalkan bahawa Ketua Bahagian LDP Karamunting, Lam Kai
Ming akan dipilih sebagai calon kerana beliau telah bekerja keras selama
ini," kata Charles merendah diri.
Namun kata Charles lagi, segala
andaian dan ramalan orang ramai telah meleset jauh. Akhirnya segala persoalan
yang menjadi teka teki selama ini telah terjawab dan Lam Kai Ming akur dengan
keputusan yang dibuat oleh Presiden Parti.
Untuk rekod, Charles dilahirkan
di Sandakan telah mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya iaitu Linda
Wong dan dikurniakan seorang anak. Mantan Adun Karamunting, Peter Pang Hin Yin
adalah bapa saudaranya.
Selain sebagai Ahli Majlis
Tertinggi LDP, Pang juga merupakan Ketua Perhubungan Parlimen Sandakan turut
dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Sandakan selama lima tahun.
Kata Charles, sekiranya
beliau diberikan mandat oleh para pemilih berdaftar pada PRU 13 ini, maka sebagai
Wakil Rakyat Karamunting, beliau akan menjayakan misi dan visinya seperti berikut;
- Menaik Taraf Pondok Polis;
- Menaik Taraf Kawasan Pasar;
- Memulihara kawasan Pantai
Pasir Putih dan dinaik taraf;
- Menaikan taraf Jabatan
Kayu kepada Jambatan Simen;
- Melebarkan Jalan Batu Sapi;
- Menjadikan Karamunting
sebagai kawasan pelancongan;
- Mengubah Gaya Hidup Sihat
Untuk Belia
- Membina Dewan Masyarakat
Karamunting yang selama ini dimimpi-mimpikan oleh segenap lapisan masyarakat
Kaaramunting.
Kata Pang lagi, beliau akan
meneruskan dasar dan agenda kerajaan BN selaras dengan konsep Rakyat
didahulukan Pencapaian diutamakan dan janji ditepati bagi menjayakan Transformasi
mengikut Konsep 'Janji Ditepati'.
No comments:
Post a Comment