YAKIN....VK
Liew Yakin Kerusi Parlimen Sandakan
masih milik BN
Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto
: MIMIE AZZARYA M
ELOPURA : Rakyat Elopura, khususnya
yang tinggal di Kampung Forest disaran agar tidak mudah mempercayai hasutan yang
kini giat masuk kampung keluar kampung dengan menabur pelbagai janji manis tanpa
asas demi meraih undi yang amat berharga.
"Kita tahu penduduk di
Kampung Forest bukan semudah itu
digula-gula mereka sudah pintar menilai yang mana satu baik dan yang mana satu
buruk.
"Walaupun Kampung
Forest merupakan kampung setinggan, tetapi banyak kemudahan asas telah disalurkan
seperti paip air, jambatan kayu dan juga masjid," demikian antara intipati
ucapan Penyandang Kerusi DUN Elopura, Au Kam Wah ketika memberi ceramah di hadapan 200 pengundi di
Kampung Forest, kelmarin.
Katanya lagi, Perdana
Menteri Malaysia telah pun berjanji sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi
mandat semula selepas 06 Mei untuk membentuk kerajaan baru, maka kerajaan akan
membina sejuta buah rumah mampu milik di seluruh negara.
"Senario ini jelas menunjukkan
kerajaan BN yang dipimpin oleh Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak tiada
noktahnya dalam membela nasib rakyat, tanpa mengira suku bangsa dan warna
kulit,” jelasnya.
Sementara dalam ucapannya,
penyandang kerusi Parlimen Sandakan, Datuk Liew Vui Keong berjanji sekiranya
kerusi Parlimen Sandakan masih kekal milik BN; beliau akan meneruskan agendanya
bagi membangunkan daerah Sandakan lebih pesat daripada sekarang.
"Calon DAP, Steven Wong
jangan mimpi boleh jadi Menteri Kabinet di peringkat persekutuan kerana cakap
Melayu pun tidak fasih, apa lagi bahasa Inggeris pun, lintang pukang,” jelas V.K
Liew yang berkeyakinan penuh kerusi dua kerusi Parlimen majoriti Cina di Sandakan
kekal milik BN.
Kata V.K.Liew, tiga tahun
lalu penduduk Kampung Sim-Sim yang tinggal di Lorong 1 sehingga ke Lorong 24,
terpaksa membahayakan diri mereka meniti di atas jambatan kayu; tetapi sekarang
kesemuanya telah digantikan dengan jambatan simen yang memakan belanja lebih
RM20 juta.
"Bukankah ini
menunjukkan kerajaan BN benar-benar prihatin terhadap permasalahan rakyat dan kita
tidak hanya cakap, tetapi janji kita tepati,” tambah V.K Liew.
Sehubungan itu, V.K.Liew merayu
agar semua pengundi di kawasan Parlimen Sandakan jangan berfikir panjang untuk
meneruskan tradisi memberikan undi kepada calon BN kerana jika tersalah pangkah
dan salah memilih calon pembangkang; maka penyesalan sudah tidak memberi makna
lagi.
No comments:
Post a Comment