MESRA.....Yusof sedang bermesra dengan kanak-kanak istimewa di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti, Lahad Datu.
LAHAD DATU: Berpendidikan
baik dan berpengalaman luas dalam bidang ekonomi, kewangan dan perniagaan,
calon BN untuk N50 Lahad Datu, Dato Haji Mohammad Yusof Haji Afdal dilihat
ramai sebagai seseorang yang boleh memberi sumbangan lanjut dalam melonjak
pembangunan ekonomi daerah ini, jika beliau dipilih oleh pengundi dalam Pilihan
Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini.
Pencerobohan bersenjata
baru-baru ini di Kampung Tanduo, Tungku dekat sini menyebabkan kesan negatif
pada ekonomi di sini dengan peniaga pasar malam mendakwa berlakunya penurunan
pada perniagaan sebanyak 70 peratus, sementara pelaburr domestik meninggalkan
daerah itu.
Janji Yusof baru-baru ini
untuk memulihkan keyakinan terhadap keselamatan yang lebih baik juga memberi
harapan baru kepada masyarakat di sini untuk masa depan lebih baik dan stabil.
Tamat pengajian di Amerika
Syarikat dengan Sarjana Muda Sastera dalam Pengurusan Kewangan pada 1984,
Yusof, seorang Bajau Muslim, kemudiannya menceburi industri perbankan ketika
beliau baru berumur 24 tahun.
Bermula sebagai Pegawai
Pinjaman dengan Sabah Development Bank Berhad, kemudian berpindah ke City
Finance Berhad pada 1987, beliau berhenti kerja untuk menubuhkan syarikatnya
sendiri, Lapa Construction Company pada 1989.
Beliau bertutur dan menulis
dalam bahasa Melayu dan Inggeris, mengumpul lebih 30 tahun pengalaman dalam
dunia ekonomi, beliau mendapat tempat dalam Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah
sebagai Ahli Majlis Tertinggi dari 1999 sehingga ke hari ini.
Bagi masyarat tempatan di
sini, Yusof bukan orang asing kerana beliau juga bergiat aktif dalam arena
politik Silam setelah menyertai Umno pada 1990 dan dipilih sebagai AJK Pergerakan
Pemuda Bahagian Silam dari 1992 hingga 1995; kemudian dilantik sebagai Ketua
Penerangan Bahagian pada 1996 hingga 2000; merangkap Ketua Pentadbir untuk Umno
P163 Silam dan DUN N41 Kunak dari 1996 hingga 2003.
Beliau juga dipilih sebagai
Naib Ketua Bahagian untuk Umno P163 Silam dari 2000 hingga 2003, dan selepas
itu dipilih sebagai Timbalan Ketua Bahagian Umno P163 Silam (Protem) dari 2003
hingga 2004, beliau menjadi Ketua Bahagian pada 2004.
SOKONG.....Masyarakat Cina melalui MCA memberikan sokongan penuh kepada Yusof sebagai calon BN.
Semasa tempoh itu, Yusof
berkahwin dengan Hajah Saleha Tun Haji Sakaran, anak Mantan Yang di-Pertua
Negeri, Tun Haji Sakaran Dandai, dan berpindah ke Kunak agar isterinya
berdekatan keluarga, dan menjadi Umno cawangan Kampung Sungai Langgas di Kunak.
Didorong hasrat berkhidmat
untuk rakyat, Yusof berharap pengundi di sini akan memberinya peluang, dengan
ikatan antara penduduk di sini beliau bersedia mendengar rungutan mereka dan
terbuka kepada sebarang cadangan dan kritikan membina, selagi ia untuk
kesejahteraan rakyat di sini.
"Saya tidak mempunyai
masalah bergaul dengan rakyat di sini. Saya tinggal dan bekerja di sini selama
beberapa tahun. Saya mempunyai ramai kawan di sini dan saya terbuka kepada
sebarang cadangan dan kritikan untuk menambah baik sistem pelaksanaan saya bagi
rakyat. Saya hanya minta peluang untuk berkhidmat untuk rakyat,"
tambahnya.
Yusof bercakap pada media
selepas menerima satu kunjungan hormat daripada perwakilan PBS Lahad Datu yang
diketuai oleh Pengerusi cawangan, Tan Yong Thien pada tengah hari Ahad lepas.
Sementara itu, Tan dan ahli
cawangannya berjanji memberi sokongan penuh kepada Yusof dan menggesa
masyarakat Cina di sini untuk memberi undi mereka kepada BN pada 5 Mei untuk
membawa kestabilan dan kemakmuran lanjut kepada daerah itu. (DE)
Pilihan Tepat..Datuk Hj Yusof N50 Lahad Datu.Kita mempunyai keyakinan yang penuh beliau mampu megubah dan meningkatkan kestabilan dan ekonomi masyarakat Lahad Datu yang pelbagai kaum.
ReplyDelete