Thursday, 1 August 2013

LIWAT II: RAYUAN DIDENGAR PADA 17-18 SEPT




           
oleh : Hafiz Yatim


             
Rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan mahkamah membebas dan melepaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Liwat II akan didengar pada 17 dan 18 September ini.



Timbalan pendakwaraya Noorin Badaruddin memberitahu Malaysiakini, permohonan Anwar untuk menggugurkan peguam Muhammad Shafee Abdullah daripada pasukan pendakwaan juga akan didengar pada tarikh itu.

Perkara itu diputuskan dalam pengurusan kes di Mahkamah Rayuan hari ini.

Anwar dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apda 12 Januari lalu daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008. (Malaysiakini)

No comments:

Post a Comment