OLEH:
SHAIMON S JUMADI
Wow
seronoknya...salah seorang penuntut
perempuan sekolah menengah
kelihatan asyik melayani ketagihan rokok.
Tabiat mahupun gejala merokok dalam kalangan pelajar sekolah
menengah sama ada yang membabitkan perempuan dan lelaki semakin meresahkan para
ibu bapa dan guru. Hal ini kerana fenomena ini jelas semakin meruncing dan
sukar untuk dikawal.
Para
pelajar yang terbabit melakukan perkara tersebut secara terbuka tanpa segan
silu di hadapan orang ramai di sekeliling mereka; terutama melepak dan ponteng
sekolah sambil merokok di taman-taman bunga berhampiran dalam keadaan
berpakaian seragam sekolah.
Boleh
dikatakan lebih 80 peratus pelajar sekolah menengah terbabit dengan kegiatan
merokok sama ada mereka ini perokok tegar mahupun suka-suka. Angka ini adalah
menurut kajian MAAH. Mungkin anda anda adalah salah seorang daripada angka ini
yang terlibat dalam gejala merokok.
Remaja merokok juga berisiko tinggi untuk terjerumus ke dalam pelbagai masalah sosial lain, termasuk masalah mat rempit, minum arak, berjudi, samseng buli seks bebas dan sebagainya
Justeru, langkah pencegahan yang terbukti efektif perlu diteruskan, seperti menaikkan lagi kadar cukai dan harga rokok serta produk tembakau lain supaya menjadi lebih mahal untuk dibeli golongan remaja yang kebanyakannya tiada punca pendapatan.
Kadar
cukai rokok yang disarankan Bank Dunia adalah sekurang-kurangnya 65 peratus
daripada harga jualan. Jelas masih ada ruang untuk menaikkan lagi harga rokok
di Malaysia yang masih lebih murah berbanding negara lain yang mempunyai
bilangan perokok yang lebih rendah, seperti Singapura.
Penguatkuasaan
melalui agensi bertanggungjawab perlu dilaksana dan dipertingkatkan untuk
memastikan agar tiada penjualan rokok yang tidak dibayar cukai atau diseludup
serta secara sebatang-sebatang atau ‘loose sticks’.
Di Sabah, sama ada di Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau yang pernah dikunjungi oleh igufran, rokok seludup boleh diperolehi dengan mudah. Kebanyakan rokok seludup dijual oleh warga asing sama ada pendatang filipina mahupun indonesia. Setakat ini pihak berkuasa tidak melakukan apa-apa tindakan terhadap penjual rokok seludup.
Menurut MAAH, Akta Racun 1952 sehingga hari ini memberi pengecualian kepada nikotina dalam produk tembakau daripada diklasifikasi sebagai Racun C, sedangkan nikotina dalam produk terapi gantian nikotina (NRT) yang digunakan untuk tujuan rawatan berhenti merokok tidak. Hal ini amat pelik kerana nikotina hanya dapat diperoleh dari satu sumber, iaitu daun tembakau dan seharusnya semua produk yang mengandungi nikotina dikawal sebagai racun berjadual.
Selain
pihak kerajaan, ibu bapa juga harus memainkan peranan penting untuk mencegah
tabiat merokok dalam kalangan anak terutama yang masih bersekolah. Ibu bapa
tidak harus bertindak sikap tidak ambil peduli. Perlu diingat bahawa kos
rawatan anak mereka yang menghidap penyakit yang disebabkan oleh rokok jauh
lebih besar berbanding dengan kos mencegah anak-anak daripada merokok.
Ibu
bapa yang prihatin terhadap kesihatan anak-anak perlu melatih dan mendidik
mereka dengan menghadiahkan buku
berbentuk ilmiah atau pengetahuan am sebagai aktiviti rutin seharian dan bukannya
dengan menghidangkan racun nikotin sama ada dengan memberi terus atau
mempamerkan kepada mereka sejak kecil lagi.
Dalam tinjauan Wartawan di bawah Menara MPS Pusat Bandar Sandakan telah menemui beberapa orang pelajar lelaki
dan perempuan daripada salah satu sekolah menengah di sini kelmarin berpakaian
seragam. Mereka merokok di bulan Ramadan sambil lepak beramai-ramai bersama rakan
sebaya.
“Pakcik kalau kami tak
merokok nanti tak ada mood nak belajar,
hanya rokok sajalah yang boleh membantu otak dan minda kami jadi cerdas untuk
menempuh pelajaran seharian”, kata salah
seorang penuntut.
No comments:
Post a Comment