Sunday, 23 November 2014

2 MAUT 3 CEDERA DI JALAN LAHAD DATU


OLEH: SHAIMON S JUMADI



LAHAD   DATU - Satu kemalangan berlaku di Jalan Kampung Jeraco Lahad Datu yang membabitkan sebuah Bas Express  dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Tawau telah bertembung dengan sebuah kereta pacuan 4 roda pada jam 2.40 pagi semalam dan telah mengorbankan 2 orang, manakala penumpang 3 lagi yang lainnya cedera.


Menurut  beberapa saksi yang  juga penumpang, bas itu dipandu dengan laju semasa  dalam perjalanan dari Kota Kinabalu lagi.

“Kami  sudah jangkakan awal-awal lagi,  kalau memandu bas tidak berhemah  seperti Pemandu Bas ini, pastinya berlaku kemalangan.  Memang tepat sekali jangkaan kami itu” katanya.

Memang tidak nafikan ada segelintir Pemandu Bas Express memandu terlalu laju tanpa memikirkan keselamatan penumpang seperti Pelesit. Kemungkinan juga disebabkan terlalu mengantuk atau dalam keadaan mabuk mengundang  kemalangan yang kerap berlaku akhir-akhir ini.


Bagi pihak editorial  Sabahkini.net, diucapkan takziah kepada keluarga yang telah kehilangan orang yang disayangi pergi buat selama-lamanya, semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat dan tiga orang yang cedera didoakan semoga mereka cepat sembuh.

No comments:

Post a Comment