Oleh : Jaafar Abdul Wahid
RAIKAN KEJAYAAN…Kelihatan Pengarah Pelajaran Sabah James ketika meraikan kejayaan kontenjen Sabah sejurus tiba di Lapangan Terbang Tarminal 2 Tanjung Aru sekembalinya dari Karnival tersebut.
Kejayaan Kontinjen Sabah menjadi Johan keseluruhan Karnvial Pendidikan Sains dan Teknologi (KASTEK) Peringkat Kebangsaan 2014 di Dewan Cahaya Bulan PCB Resort Kelantan baru baru ini, membuktikan pelajar dari negeri ini mampu bersaing seterusnya meraih kecemerlangan di peringkat Nasional.
Sabah yang menghantar lapan pasukan dalam lapan kategori yang dipertandingkan di karnival ini, iaitu Saintis Muda Sekolah Rendah, Saintis Muda Sekolah Menangah, Bercerita Sains, Solar Car, Solar Boat, Eureka RE & EE Beach House, Afficiency Energy Cooking dan Teknologi Pelancaran Roket , telah memenangi dua ketegori iaitu Solar Car yang diwakili oleh SMK Bandaraya Kota Kinabalu dan Eureka RE & EE Beach House diwakili oleh Sk Lahad Datu II memperolehi 2 emas dalam Karnival yang telah menobatkan kontinjen Sabah Johan Keseluruahan pada Karnival (Kastek) ini.
TEKUN…Dua peserta dari Sk Lahad Datu II yang menyertai ketegori Eureka RE&EE Beach House begitu tekun melaksanakan tugas mereka semasa carnival tersebut
Sekolah lain yang mewakili Sabah dalam Karnival ini termasuklah SMK Sung Siew dalam ketegori (EEC dan Saintis Muda Sekolah Menangah), SMK Pingran Omar Sipitang (Solar
Car), SMK Tun Ahmad Shah Kota Kinabalu (Pelancar Roket) Sk Padang Berampah Sipitang (Saintis Muda Sekolah Rendah) dan SK Kelanahan Papar (Bercerita Sains).
BUKTI KEJAYAAN…Piala Johan keseluruhan yang dimenangi oleh pasukan dari Sabah dalam carnival tersebut
Matlamat Karnival ini diadakan ialah memberi kesedaran dan minat di kalangan pelajar pelajar terhadap bidang sains dan teknologi disamping memberi ruang dan medan kepada pelajar-pelajar untuk bersaing secara sihat menerusi aktiviti aktiviti yang dipertandingkan. Selain itu, karnival ini juga mengiktiraf, menghargai pencapaian dan sumbangan pelajar-pelajar dalam menghasilkan projek-projek inovasi ciptaan sendiri.
KERJA BERPASUKAN Semangat juang yang tinggi dalam konsep kerja berpasukan yang ditunjukan oleh kontenjen Sabah semasa carnival tersebut
Pegawai Penyelaras Kontijen Sabah, Penolong Pengarah Kokum Akademik Sektor Pembangunan dan Kemanusian Jabatan Pelajaran Sabah, Marina Nicholas ketika ditemui berkata, kejayaan Kontijen Sabah dalam pertandingan sempana Karnival ini,merupakan antara kejayaan terbesar Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri yang turut mengharumkan nama negeri Sabah di peringkat Kebangsaan.
TELITI..Pelajar dari SMK Bandarraya Kota Kinabalu ketika mempemirkan aktiviti Solar Car pada karnival tersebut
Katanya, kejayaan ini mencerminkan kejayaan semua pihak khususnya para peserta guru guru dan pegawai pegawai pengiring yang menunjukkan semangat kerja berpasukan,komited dan para pesertanya memiliki semangat juang yang tinggi sehingga Sabah mampu meraih johan keseluruhan dalam Karnival ini.
“ Kejayaan ini adalah hasil kerja secara kolektif setiap entiti dalam pasukan yang menyertai karnival ini” katanya
Sementara itu Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah Datuk Jame Alip ketika ditemui selepas meraikan peserta yang mewakili Sabah dalam karnival ini berkata, kejayaan kontijen Sabah muncul sebagai Johan keseluruhan dalam Karnival (KASTEK) peringkat kebangsaan kali ini merupakan satu pengiktirafan dan mampu menangkis tanggapan yang pelajar dari negeri ini tidak mampu bersaing dengan rakan rakan mereka dari seluruh negeri dalam apa sahaja pertandingan baik dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum.
Jame berkata walaupun kebanyakkan pelajar sekolah yang mewakili Sabah dalam karnival ini sebahagian ,datangnya dari sekolah kawasan luar Bandar yang masih belum memiliki kemudahan asas yang mencukupi, namun mereka memiliki semangat juang tinggi untuk bersaing dan mencipta kejayaan yang membanggakan dan turut mengharumkan negeri khususnya Jabatan Pelajaran Sabah di pentas Nasional.
Jame berkata walaupun kebanyakkan pelajar sekolah yang mewakili Sabah dalam karnival ini sebahagian ,datangnya dari sekolah kawasan luar Bandar yang masih belum memiliki kemudahan asas yang mencukupi, namun mereka memiliki semangat juang tinggi untuk bersaing dan mencipta kejayaan yang membanggakan dan turut mengharumkan negeri khususnya Jabatan Pelajaran Sabah di pentas Nasional.
“Saya yakin kejayaan ini kerana pelajar (peserta) memiliki semangat juang yang tinggi dan Kontinjen bekerja dalam satu pasukan melaksanakan tugas dengan rasa penuh tanggungjawab membimbing peserta sehingga mencapai kejayaan yang membanggakan semua pihak” katanya.
Menurut Jame lagi melalui aktiviti dalam karnvial seperti ini mampu mendidik pelajar berkreativiti, berfikir kreatif dan berinovasi yang mendidik pelajar melaksanakan aktiviti-aktiviti secara pritikal pratikal berbanding hanya teori bagi menggalakkan kemahiran berfikir pelajar pada aras yang tinggi.
Menurut Jame lagi melalui aktiviti dalam karnvial seperti ini mampu mendidik pelajar berkreativiti, berfikir kreatif dan berinovasi yang mendidik pelajar melaksanakan aktiviti-aktiviti secara pritikal pratikal berbanding hanya teori bagi menggalakkan kemahiran berfikir pelajar pada aras yang tinggi.
No comments:
Post a Comment