Tuesday, 11 November 2014

KENAPA KERAJAAN BENARKAN ORANG AWAM POHON TANAH RESERVED KERAJAAN?

Salina tunjukkan Geran Tanah sebagai bukti... (Foto milik Sabahkini.net)
OLEH: SAIMON S JUMADI
FOTO APEK ANSUKOI


SANDAKAN:- Sebidang tanah seluas 3 ekar bergeran  status CL 075413919 Lot kawasan 0800 (share) yang terletak di Batu 19  Jalan Labuk telah  menimbulkan kontraversi antara pemilik asal.


Menurut tuan punya tanah sebenar iaitu Salina Binti Titi, tanah seluas 3 ekar itu adalah milik peninggalan arwah ayahnya Titi bin Barahim sejak tahun 1999  yang disediakan oleh majikan sebagai rumah pekerja.

Katanya  lagi setelah kes pembicaraan itu di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu selesai dan pihak mahkamah telah memutuskan bahawa tanah seluas tiga ekar yang bergeran CL: 075413919 Kawasan Lot 0800 adalah milik sah  Salina Binti Titi, lantaran itu Salina bertindak mengeluarkan notis kepada salah seorang penduduk di atas tanah itu yang dikenali Rahril bin Mohd Amin berbangsa Bugis  yang mempunyai Mykad nombor 740712-12-5031.

“Setelah saya gagal untuk mengusir Rahril  keluar dari tanah ini, saya telah berjumpa dengan seorang Pegawai di Pejabat Pemungut Hasil Tanah (PPHT) Jabatan Tanah dan Ukur, Sandakan iaitu Hamdan Hamid untuk meminta bantuan agar PPHT campurtangan untuk mengusir Rahril supaya mengosongkan kawasan Tanah tersebut.

“Tapi  apa  jawapan Hamdan Hamid katanya  saya tidak boleh mengusir Rahril untuk keluar daripada kawasan tanah saya, nanti kamu boleh disaman dan didakwa oleh Rahril sebab tanah ini sudah pun menjadi milik sah, jadi tanah  itu adalah kepunyaan Rahril”, jelas Salina.

“Apabila saya menemui Rahril, menurutnya tanah yang  diduduki ini biar kamu sendiri yang berurusan dengan Hamdan Hamid kerana tanah reserved ini saya sudah pohon menggunakan geran TOL” ujar Salina lagi.

Menurut Hamdan kalau Salina berniat untuk mengusir Rahril keluar dari kawasan tanahnya, Salina kena berdepan  berurusan dengan pihak Jabatan Kerja Raya sebab tanah yang diduduki sekarang adalah di kawasan persempadanan antara tanah reserved JKR dan tanah Salina.

Yang menjadi tanda tanya, kenapa  orang  yang mempunyai Kad Pengenalan yang diragui  telah dibenarkan memohon tanah reserved kerajaan milik JKR? Malah mereka juga mendirikan rumah yang berstatus  geran TOL yang diluluskan  oleh pihak Pejabat Pemungut Hasil  Tanah sekalipun tanpa mempunyai sebarang keistimewaan!

“Saya sebagai pemilik sah tanah ini meminta pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) supaya campurtangan mengenai kes tanah ini kerana kemungkinan Hamdan Hamid PPHT sudah menerima wang sogokan daripada Rahril Mohd Amin untuk mendapatkan lot itu. Bukan itu sahaja, Hamdan juga berhempas-pulas membela  Rahril  yang berbangsa Bugis.


Jelas Hamdan Hamid PPHT menakut-nakutkan Salina  dengan mengatakan  “kalau kamu usir Rahril Mohd Amin nanti kamu didakwa di mahkamah” ujar Salina. 

No comments:

Post a Comment