OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN - Sesiapa sahaja tidak dapat menafikan sejak ekoran kenaikan harga minyak 20 sen ramai di kalangan peniagaan restoran dan kedai makan, mereka mengambil kesempatan untuk menaikan harga makanan dan minuman sekitar 70 hingga 80 peratus.
Semalam, rakan Krew Sabahkini.net membuat beberapa tinjauan ke atas kedai mamak sambil memesan empat keping roti canai kosong berserta minuman panas iaitu itu teh O dan teh tarik.
Kata seorang pelanggan yang hanya dikenali sebagai Rosman, jumlah bayaran makanan ringan seperti roti canai bersama minuman sudah pun mencecah nilai RM14.40 walhal sebelum ini dia hanya perlu embayar sebanyak RM9.80 sahaja.
“Saya cuba bertanya dengan salah seorang pekerja restoran Mamak berapa harga roti canai kosong, teh O dan teh tarik. Mereka menjawab harga roti canai kosong telah pun dinaikkan dari harga RM1.20 kepada harga RM1.80. Sementara itu, harga Teh O harga dulu cuma RM1.00 akan tetapi kini mencecah harga RM1.60 dan teh tarik pula pada asalnya berharga RM1.50 tapi sekarang dinaikkan kepada RM2.00”, katanya.
Oleh kerana tiada pemantauan pihak berkuasa, maka para peniaga restoran dengan sesuka hati menaikkan harga makanan sewenang-senangnya.
Berikut adalah senarai harga makanan dan minuman di salah sebuah restoran Mamak:-
JENIS MAKANAN HARGA LAMA HARGA BARU
- Roti Canai Kosong RM1.20 RM 1.80
- Roti canai Telur 2.00 2.60
- Teh O 1.00 1.60
- Teh Susu 1.50 2.00
- Teh Tarik 1.50 2.30
- Minuman Tin 2.00 2.50
- Kopi O 1.20 2.00
- Kopi Susu 1.50 2.50
- Minuman seju rata-rata 2.50 4.00
- Nasi campur tengok lauk 4.00 6.00
- Mee Goreng Sea Foods 6.50 8.50
- Mee Goreng Ayam 6.00 7.50
- Nas Brayani 6.00 10.00
Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sabah sepatutnya memantau kenaikan harga restoran-restoran makanan di Sabah ini. Hal ini kerana, bermula April tahun 2015, GST akan serentak dilaksanakan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Pihak KPDNKK sepatutnya memantau supaya jangan ada para Peniaga yang cuba menaikkan harga sesuka hati demi mengaut keuntungan berlipat kali ganda semata-mata.
No comments:
Post a Comment