OLEH: SAIMON S JUMADI
SANDAKAN - Sejak hari Jumaat lagi sudah masuk hari ke 5 berturut-turut beberapa blok bangunan Taman Mesra tidak dibekalkan air paip. Hal ini telah menimbulkan kerasaan dan kemarahan di kalangan penduduk terbabit.
Menurut beberapa orang penduduk, ketiadaan bekalan air paip ini sudah pun dimaklumkan kepada pihak bahagian Aduan di pejabat Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), malangnya sehingga ke hari ini tiada sebarang tindakan diambil.
Kata seorang penduduk Taman Mesra, biasanya kalau pihak MPS hendak memutuskan bekalan air ke kawasan taman berkenaan, mereka mengeluarkan notis pemberitahuan mengenai pemotongan bekalan air tersebut supaya penduduk dapat menyimpan air sebagai stok.
“Inilah yang tidak bagusnya dengan perkhidmatan pihak MPS. Kalau penduduk gagal membayar rumah selama tiga bulan , mereka dihalau keluar tanpa diberi sebarang notis keluar rumah. Tanpa disedari datang beberapa orang pegawai yang bertindak serta-merta menyita rumah berkenaan. Sementara itu, penghuninya diheret ke Balai Polis berminggu-minggu lamanya ditahan di dalam lokap. Mereka hanya dibebaskan setelah hutang sewa rumah dilunaskan”, kata seorang penduduk Taman Mesra yang enggan mendedahkan namanya.
“Ketiadaan air selama 5 hari mangkok tandas dipenuhi oleh tahi (najis) menyebabkan mereka terpaksa pergi mencari alternatif lain. Mujurlah mereka berharap pada penggunaan air pili bomba walaupun airnya tidak dirawat namun terpaksa digunakan untuk membasuh pakaian, mandi dan lebih menyiksakan digunakan sebagai air minum seharian” kata Jurucakap penduduk.
No comments:
Post a Comment