OLEH : SHAIMON S JUMADI
Jalan Lorong Belakang Becak Bau Busuk
KARAMUNTING - Beberapa orang penduduk Flat Karamunting mendakwa bahawa Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) yang dipimpin oleh seorang wanita langsung tidak berfungsi sebagai Agen Kerajaan untuk membantu kepada penduduk-penduduk di Flat ini.
Sebagai pengerusi JKDB, seharusnya mempunyai tanggungjawab untuk membantu masyarakat iaitu mengajukan sebarang masalah ke pengetahuan pihat tertentu seperti Wakil Rakyat dan pihak kerajaan.
Penyambungan Haram Elektrik Haram Dibekalkan Kerumah Setinggan
Dalam tinjauan Wartawan Sabahkini.net, sebaik saja menerima aduan daripada beberapa orang penduduk Flat Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), kelihatan seluruh persekitaran bangunan itu dalam keadaan yang amat kotor dan menjijikkan malah menyakitkan mata yang memandang.
Lorong Pejalan Kaki DiJadikan Tempat Pembuangan Sampah
Dilorong-lorong kaki lima bangunan itu, kelihatan tempat menyimpan tong-tong ikan yang tidak teratur. Manakala, lorong Pejalan Kaki pula dijadikan tempat pembuangan sampah.
Dua Kenderaan Rosak lebih 10 tahun Tersadai Tidak Dialihkan
Lebih mengejutkan lagi, pendedahan Sabahkini.net menemui beberapa penyambungan elektrik haram dari bangunan Flat untuk dibekalkan ke rumah-rumah setinggan yang berhampiran. Jalan di lorong belakang dalam keadaan becak, berbau busuk serta dihiasi dengan dua buah kenderaan rosak dan tersadai selama sepuluh tahun.
Lorong Bangunan Tempat Penyimpan Tong-Tong Ikan
Kata jurucakap itu lagi, sepatutnya pihak JKDB boleh menganjurkan Program Gotong Royong untuk membersihkan kawasan sekeliling bangunan. Mereka seharusnya boleh mengajukan Surat Pekeliling Jemputan Mesyuarat buat semua penduduk termasuklah jemputan buat ADUN Sekong dan Ahli Parlimen Batu Sapi untuk mengetuai program yang dimaksudkan itu.
“Kami kesal ada Badan JKDB tetapi tak berfungsi langsung. Sepatutnya sebagai sebuah badan agensi kerajaan ia berfungsi sebagai mata telinga kerajaan. Tugas utama mereka adalah menyampaikan hasrat rakyat kepada kerajaan di samping menyampaikan matlamat dan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat, inilah sebenarnya tugas-tugas pengerusi JKDB ini. Diibaratkan jambatan perantaran penghubung antara rakyat dan kerajaan” ujar Jurucakap itu lagi.
No comments:
Post a Comment