OLEH: SHAIMON S JUMADI
KOTA KINABALU - Kedatangan seorang pelajar yang menggelar dirinya sebagai ‘Tokoh Awam’ iatu Fahmi Zainol (gambar) yang berhasrat hendak datang ke Sabah untuk menemui para pelajar Univerisiti Malaysia Sabah (UMS) seperti yang diwar-warkan dilaman sosialnya (FB) elok kedatangannya di negeri ini telah dihalang.
Menurut sumber-sumber yang tidak rasmi daripada pelajar UMS, Fahmi ke Sabah dikatakan berniat menghasut para pelajar UMS dalam beberapa hal termasuk memburuk-burukkan pentadbiran pemerintahan di Sabah.
Beberapa orang pemilik akaun peribadi Facebook turut mengukuk sekeras-keras mengenai perbuatannya itu antaranya seperti Wan Sz Klub, Faridah Ahmad, Fabian Rungun, Mazlani Jenuary dan ramai lagi menyatakan pendirian bahawa mereka sama sekali tidak setuju Fahmi datang ke Sabah kalau bertujuan untuk menghasut para pelajar UMS.
“Jangan samakan budaya orang-orang semenanjung dengan budaya orang-orang Sabah kerana budaya orang-orang semenanjung suka membuat huru hara mengadakan demontrasi jalanan, manakala orang-orang Sabah mereka tak suka buat perkara sebegitu yang melanggar undang-undang negara”, kata seorang pelajar UMS yang tak mahu namanya disebut.
Katanya lagi “kami pelajar UMS masih lagi waras, tak payahlah mengajar kami. Kami tidak sebodoh itu yang kamu fikirkan dan kamu janganlah mahu tunjuk pandai sama kami kalau diri sendiri pun belum cukup sempurna menjaga diri serta mampu berdikari”, kata sumber itu lagi.
No comments:
Post a Comment