OLEH: SHAIMON S JUMADI
KOTA KINABALU - Ramai pelanggan rasa tidak puas hati terhadap perilaku sebuah restoran di sini iaitu Restoran Ummi Aisah yang didakwa mengenakan bayaran terlalu mahal ke atas makanan dan minuman yang dijual di restoran berkenaan.
Contohnya, menu Nasi Kukus Ayam Berempah sepinggan berharga RM7.50, Cendol segelas berharga RM4.00 sementara ‘Pinjam Mangkok’ atau pinggan kosong dikenakan bayaran atau cas RM2.00.
Seorang pelanggan yang mengadu kepada Wartawan kami berhubung isu restoran Ummi Aisah yang mendakwa, makanan dan minuman yang dijual di restoran itu memang terlalu mahal berbanding dengan mana-mana restoran yang ada disekitar bandar Kota Kinabalu.
Kata Ahmad (Pelanggan), kalau pelanggan memesan makanan untuk ditapau (bungkus) mereka telah mengenakan bayaran tambahan. Kalau mee goreng kita pesan harganya RM7.00 kemudian di tapau menggunakan ‘Container’ mereka cas RM1.00.
“Saya bagi pihak rakan-rakan yang telah teraniaya, ayuh sama-sama boikot bagi tahu kawan-kawan yang lain supaya jangan datang ke restoran Ummi Aisah, nanti jadi mangsa seperti kami ini.”
“Andai kata kalau pelanggan yang membawa duit hanya RM20.00 sahaja sudah tentu tidak cukup untuk membayar makanan yang dipesan untuk seorang” kata Ahmad lagi.
Dalam pada itu Ahmad meminta pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) dan pihak unit Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) agar membuat serbuan mengejut ke restoran yang dimaksudkan itu.
“Saya khuatir jika tiada pemantauan daripada pihak Kementerian tersebut dan Pihak Berkuasa Tempatan, ramai lagi pelanggan akan menjadi mangsa penipuan seperti yang kami telah alami kelmarin”ujarnya.
“Lebih baik kita makan di restoran Cina daripada kita makan restoran orang Melayu. Sudahlah mahal berbanding dengan restoran Cina, malahan layanan tidak bagus. Kalau kita tanya kenapa mahal sangat makanan di restoran ini, mereka menjawab bahawa setiap makanan dan minuman sekarang dikenakan cukai GST” tambahnya.
No comments:
Post a Comment