Friday 14 November 2014

ANDAI SYURGA BAWAH TELAPAK KAKIMU, KEMANA HARUS KU TUJU?

Sedih....keempat orang adik-beradik yang ditinggalkan ibu mereka

Oleh : Shaimon S Jumadi

DARI KACAMATA KETUA WANITA PBS TG PAPAT SALEENA TITI

SEBAGAI seorang wanita apa lagi orang bergelar ibu seharusnya menyayangi anak-anaknya kerana anak-anak itu merupakakan  ‘Anugerah Allah’ yang sepatutnya dijaga dengan sebaik-baiknya.


Saya amat bersimpati  dan amat sedih  sekali terhadap nasib  empat orang anak yang  berumur lingkungan 2 hingga 7 tahun telah ditinggalkan ibunya dengan berbekalkan wang tunai RM70.00, botol susu  dan dua kaki payung.

Menurut laporan rasmi seorang anggota polis berpangkat L/KPL 176236 Kamil dan seorang lagi rakannya, kanak-kanak berkenaan dipercayai berbangsa Iban kelihatan berlegar-legar di kawasan Sibu Jaya.

Prihatin....Ketua Wanita PBS Tg Papat Saleena Titi

Hasil pemeriksaan didapati bahawa, rupa-rupanya mereka berempat itu dihalau keluar oleh ibunya kerana ibunya berhasrat hendak kahwin baru.


Kebiasannya  kalau berlaku penceraian suami isteri boleh dikatakan hampir 80 peratus bapa yang akan suka meninggalkan anak-anak begitu sahaja  . Manakala ibu yang telah ditinggalkan suami tadi yang sudah bergelar janda atau ibu tunggal terpaksa memelihara dan menjaga anak-anaknya sehingga mereka dewasa.


Jarang sekali kita mendengar ibu yang sanggup meninggalkan anak-anaknya bila berlakunya penceraian itu; sebagai mana susahnya seorang ibu terpaksa juga menjaga anak-anak mereka. Lumrahnya, itulah sifat-sifat kelebihan  seorang ibu menyayangi  anak-anak mereka berbanding dengan seorang lelaki setelah menemui pasangan masing-masing yang baru.

Dalam konteks ini, saya ingin menyentuh sedikit peranan dan pengorbanan seorang itu terhadap anak-anaknya. Seorang ibu tunggal boleh menjaga 10 orang anak sehingga dewasa dan sebahagian anak-anak yang dibela tanpa seorang ayah  ada yang sudah berjaya dalam kehidupan malah di persekitaran kita banyak membuktikan anak-anak tadi berjaya menjadi seorang Doktor, Peguam dan sebagainya.

Namun disebaliknya pula, dalam 10 orang anak-anak tadi belum tentu boleh menjaga seorang ibu. Malah, ada kalanya ibu-ibu tunggal tadi bila  sudah tua  dihantar ke Rumah Kebajikan Orang Tua dengan alasan tiada orang menjaganya kerana semuanya bekerja.

Berkisar dengan cerita budak berempat yang telah ditinggalkan ibunya di Sibu Sarawak itu, sebagai seorang ibu seharusnya menyayangi anak-anaknya walaupun ibu tadi ingin berkahwin baru tapi anak-anak jangan  diketapikan, anak-anak itu adalah ‘Anugerah Tuhan’. 

Sesiapa  yang ingin mendirikan rumahtangga mempunyai matlamat dan tujuan tertentu yakni untuk membina keluarga baharu dan memanjangkan silaturrahim antara sesama manusia serta memenuhi naluri tuntutan semulajadi untuk hidup berpasang-pasangan di muka bumi ini.

Bayangkan seketika diri kita berada dalam ‘kasut’ kanak-kanak berkenaan untuk seketika; dalam menuju proses tumbesaran setiap hari kita memerlukan belaian , perhatian, perlindungan dan keperluan asas dari seorang ibu. Secara tiba-tiba, ibu kita meninggalkan kita semata-mata mengejar lelaki lain. Apakah yang perlu kita lakukan seterusnya dengan keadaan bekalan yang tidak mencukupi? 

Mereka ini insan lemah yang perlu dilindungi daripada sebarang ancaman dan anasir yang tidak sihat seperti kegiatan Pemerdagangan Kanak-kanak, eksploitasi seks dan perbuatan lain yang tidak sihat dan sebagainya. Pihak yang bertanggungjawab perlu tampil serta-merta untuk menyelamatkan kanak-kanak ini dan mencari ibu berkenaan.


Sebagai kesimpulannya, ada sesetengah orang yang sudah berumah tangga bertahun-tahun lamanya tetapi malangnya mereka tidak mendapat zuriat (anak). Mereka sanggup mengambil anak  orang lain untuk jadikan anak angkat, sebaliknya ibu berkenaan membuang darah daging sendiri tanpa belas kasihan setelah mengandungkan mereka selama 9 bulan 10 hari!

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. SYABAS SALEENA KERANA BERANI MENEGUR IBU-IBU SUPAYA MENYAYANGI ANAK2 MEREKA

    ReplyDelete