OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: APEK ANSUKOI
SANDAKAN : Kes tanah di Sungei Koya Fasa 1, 2
dan 3 yang membabitkan tanah seluas 6000,00 ekar yang melibatkan 210 pemilik yang berdaftar di Mahkamah kini
dibongkar semula.
Daripada 210 orang pemilik tanah di bawah
Skim Pekebun Kecil, hanya 10 orang lain pemiliknya telah keluar kerana mendapat
tawaran bayaran pampasan diurus di luar
mahkamah ; setiap orang hanya menerima
RM5000,00 sahaja.
Tetuan Aisah Ahmad & Co yang dilantik
sebagai penasihat undang-undang bagi menyelesaikan kes tanah tersebut
memberitahu kepada media semasa sidang media petang tadi di
ballroom Hotel Borneo Cops.
Katanya para pemilik tanah tersebut sudahpun
melantik seorang peguam untuk membantu menyelesaikan kes tanah itu iaitu Tetuan
Hairul Vaiyron and Osman Co.
Aisah merasa kesal dengan tindakan 10 orang
pemilik itu yang telah berpaling tadah mahu menerima tawaran di luar mahkamah oleh sebuah syarikat dengan bayaran hanya
RM5.000,00 setiap pemilik tanah tersebut.
“Kita membuat tuntutan biar yang berpatutan, biarlah pihak hakim mahkamah yang memutuskan
kerana saya sudah meminta pihak mahkamah
mempercepatkan tarikh mediasi,” ujarnya.
“Saya harap pemilik yang lain seramai 186
orang itu agar tidak akan ikut jejak 10 orang yang berpaling tadah yang mahu diperbodoh-bodohkan
oleh pihak-pihak tertentu dengan diberi bayaran RM5,000.00 sahaja pun mata
terbeliak kerakusan dengan nilai begitu” katanya.
Katanya, sebagai pemilik tanah Sungei Koya
Fasa 1, 2 dan 3 itu harus pertahankan hak milik sendiri; biarlah lambat sedikit
untuk mendapat ganjaran asalkan ianya berpatutan setimpal dan berbaloi dengan kedudukan tanah
tersebut.
Sementara komen dari salah seorang pemilik
tanah iaitu Mohsien (gambar) berkata, 10
orang pemilik tanah yang keluar daripada kumpulan Aisah disifatkan sebagai
orang-orang yang tidak ada maruah; senang-senang dipujuk rayu oleh orang-orang
yang mahu memperbodoh-bodohkan mereka dengan mudah menerima tawaran diuruskan
diluar mahkamah hanya menerima pampasan cuma RM5,000.00.
“Sampai ke mana RM5,000.00 tapi mereka bakal
kehilangan terus tanah berpuluh-puluh ekar itu sebab sudah dibayar oleh
pihak-pihak tertentu yang mahu mencari keuntungan” kata Mohsin.
Berikut Kenyataan Penuh Tetuan Aisah Ahmad & Co
Tarikh : 30/12/2014
Tempat : VIP Room, Borneo Cove Hotel
Sidang Akhbar tertutup bersama Wakil sah atau Penasihat
Undang-Undang, Puan Aisah Ahmad dan ahli-ahli (Plaintif-Plaintif ) Tanah Koyah
A Fasa I, II, & III, Kinabatangan, di bawah Skim Pekebun Kecil.
Wartawan Kanan Sabahkini.Net : En Shaimon S Jumadi
Jurugambar : En Apek
Jurugambar : En Apek
Perjuangan ahli-ahli
(Plaintif-Plaintif) Tanah Koyah A Fasa I, II, & III, Kinabatangan, di bawah
Skim Pekebun Kecil masih belum berakhir. Mereka telah berjaya membawa tuntutan
mereka ke Mahkamah Tinggi Sandakan, dengan saman bertarikh 10.10.2013 yang
telah menamakan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Sabah sebagai Defendan
Pertama dan Bagusmaju Berhad (No. Syarikat 143255-M) sebagai Defendan
Kedua.
Peguam yang mewakili para Plaintif iaitu Tetuan Hairul Vaiyron
& Co telah memaklumkan status kes ialah menunggu tarikh mediasi daripada
Mahkamah Tinggi, Sandakan atas permohonan Defendan Kedua.
Di saat para Plaintif menantikan tarikh mediasi, pada
30.12.2014, Wakil sah atau Penasihat Undang-Undang para Plaintif, Puan Aisah
Ahmad, dimaklumkan bahawa seramai 50 org ahli Tanah Koyah A Fasa I, II, &
III, Kinabatangan telah menerima tawaran daripada pihak Bagusmaju Berhad iaitu
wang berjumlah RM5,000.00 tertakluk dengan beberapa syarat. Beberapa Plaintif
juga dihubungi dan dipujuk rayu untuk menerima tawaran tersebut.
Malah beberapa laporan polis telah dibuat sebelum ini kerana
beberapa individu yang pada asalnya bersama-sama Plaintif telah berpaling tadah
dan cuba mempengaruhi para Plaintif meninggalkan tuntutan di Mahkamah.
Penasihat Undang-Undang bercakap di sesi sidang akhbar pada hari
ini memberi respon bahawa akhirnya perjuangan membawa tuntutan ini ke muka
pengadilan menjadi asbab rezeki kepada individu-individu yang dianggapnya
sebagai 'parasit' iaitu mengaut keuntungan dari usaha dan pengorbanan para
Plaintif yang bersungguh-sungguh menuntut hak dan mempunyai maruah serta
pendirian yang teguh.
Beliau yang mendapat kepercayaan lebih kurang 204 orang Plaintif
telah menyatakan pendirian yang tidak berbelah bahagi untuk meneruskan
perjuangan menuntut hak para Plaintif melalui Mahkamah sehingga selesai.
Ketua Plaintif, Encik Mohsen Jurop, Haji Suar dan beberapa
Plaintif yang hadir menegaskan mereka tidak akan berganjak dan berharap pihak
Mahkamah memberi tarikh mediasi dengan segera agar ruang mediasi dapat
menyelesaikan perkara ini dengan adil dan saksama.
Salah seorang Plaintif, En Abdul Lahit juga mempersoalkan
mengapa Abdullah Japar dan isterinya, Rogayah Ahmad masih tidak didakwa
malah tiada status siasatan diberikan. Abdullah Japar mendakwa bahawa dia
merupakan ketua pemohon walhal tidak tersenarai sebagai pemilik tanah dan
menjadi pemilik dengan melakukan penipuan tuntut waris ke atas pemilik yang
masih hidup. Manakala isterinya juga melakukan jenayah yang sama. Bukti-bukti
telah diberikan kepada pihak Polis tetapi tiada sebarang pendakwaan dilakukan
sehingga kini.
Para Plaintif juga menyatakan kemarahan dan amat kesal dengan
tindakan ahli-ahli yang berpaling tadah seperti Jamal Sinyor dan Katiff Kussoi
yang disifatkan tidak berpendirian kerana keluar dari tindakan dan tidak
berhenti menghubungi para Plaintif bagi tujuan meninggalkan perjuangan yang benar.
Tidak terkecuali juga dalang yang mengakibatkan kerugian kepada para Plaintif
iaitu Ismail Tarandan dan Abdullah Japar masih terlibat dengan urusan tawaran
di atas.
Beberapa Plaintif menambah dengan menyatakan bahawa tanah yang
dituntut ini telah dicerobohi oleh pihak lain dan pernah disiarkan di satu
akhbar tempatan bahawa 'penceroboh' mahu penyelesaian dengan situasi menang
menang, malah dalam satu majlis bersama Datuk Osman Jamal, Datuk Bung Mokhtar
dan Datuk Saddi yang di adakan di Dewan Sri Lamag, Bukit Garam pada 18 Febuari
2013 berkenaan isu Tanah Koyah A Fasa I, II, & III, Kinabatangan, di bawah
Skim Pekebun Kecil, salah seorang individu yang menduduki tanah tersebut telah
menyatakan kebimbangan ke atas nasib mereka yang lain kerana lebih 700 lot di kawasan
itu telah mereka diami sekian lama.
Jika penceroboh boleh meminta penyelesaian dan meluahkan
kebimbangan, apakah wajar hak para Plaintif sebagai pemilik Tanah Koyah A Fasa
I, II, & III, Kinabatangan, yang sah ini dinafikan?
Para Plaintif dengan bersemangat menyatakan bahawa mereka bukan
sahaja meperjuangkan hak mereka tetapi untuk generasi mereka kelak agar perkara
yang sama tidak berulang lagi. Mereka juga menegaskan tidak akan tunduk dengan
tawaran di luar yang disifatkan amat tidak bermaruah.
Di akhir sesi, para Plaintif mengucapkan jutaan terima kasih
kepada Penasihat Undang-Undang dan Peguam mereka yang berdedikasi serta amanah
dalam menjalankan tugas mereka sehingga ke tahap ini. Harapan para
Plaintif agar pihak berkuasa iaitu pihak Polis mengambil tindakan kepada
laporan-laporan yang telah dibuat dan berharap tarikh mediasi diperolehi dengan
segera.
No comments:
Post a Comment