OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN : Ahli Parlimen Sandakan
(DAP) Stephen Wong menyelar tindakan kontraktor Projek Pelebaran Jalan Batu 8
hingga 16 Jalan Labuk yang gagal diselenggarakan buat sementara ini telah
menyusahkan para pengguna jalan raya.
Dalam pada itu, Wong menggesa pihak kontraktor mengambil agar
tindakan untuk memperbaiki jalan tersebut dengan serta-merta, memastikan
kelancaran dan keselamatan jalan.
Wong berkata demikian
setelah melakukan pemeriksaan terhadap aduan orang awam di tapak projek
berkenaan. Kontraktor kemudiannya pula memberikan respon postif berjanji untuk
menyelenggara dan menyediakan jalan sementara yang rata.
Beliau berasa amat kecewa
kerana janji tersebut tidak ditepati, dan beliau tidak puas hati dengan
kedua-dua kontraktor yang tidak
menyelenggara jalan tersebut sehingga menimbulkan kemarahan pada
pengguna.
Wong menerima banyak aduan
daripada ramai pemandu yang menunjukkan bahawa pihak kontraktor tidak
menyelenggara jalan sementara, mengakibatkan jalan tersebut berlubang-lubang,
menyebabkan kesesakan lalu lintas dan membahayakan keselamatan orang ramai,
terutamanya kereta yang menggunakan jalan tersebut pada waktu malam sehingga
mengalami kerosakan teruk.
Wong berharap kontraktor
berkenaan menunaikan janji, selain melaksanakan kerja-kerja pelebaran jalan
raya, penyelenggaraan jalan sementara juga merupakan tanggungjawab mereka.
Selain itu, setelah memantau
ke tapak pembinaan jalan tersebut pada hari Isnin yang lalu, Wong sangsi sama ada projek tersebut dapat disiapkan pada
bulan April 2015 seperti yang dijanji, terutamanya ia melibatkan cuaca.
Walaubagaimanapun, beliau
berharap pihak kontraktor dapat menjalankan kerja-kerja pembinaan dengan
bersungguh-sungguh, supaya projek yang berkali-kali ditangguhkan tersebut dapat
disiapkan pada bulan April 2015, kerana
orang Sandakan dan penduduk di sekitar Jalan Labuk telah bertahun-tahun
menunggu.
Wong juga berpendapat bahawa
projek pelebaran jalan Batu 8 hingga 16 itu berkali-kali ditangguhkan dan
bertahun-tahun tidak dapat disiapkan, kerajaan BN harus memikul tanggungjawab
yang terbesar, kerana kontraktor dilantik oleh kerajaan BN, dan pemantauan juga
dilakukan oleh kerajaan BN.
No comments:
Post a Comment