Tuesday 8 September 2020

Pembubaran DUN Sabah: Mahkamah Rayuan tolak rayuan Musa Aman dan 32 ADUN


 


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Selasa menolak rayuan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah untuk menggantung keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan dari pihak Tan Sri Musa Aman, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Istana Kehakiman di sini.

 

Panel yang turut disertai Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Supang Lian menetapkan keputusan itu selepas bersidang selama dua hari, bermula Isnin.

 

Ia sekali gus hari penamaan calon yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 12 September ini berjalan seperti dijadualkan.

 

SUMBER : BULETIN SABAH

No comments:

Post a Comment