Tuesday 8 September 2020

ROWENA LIENADO DIHUKUM PENJARA 20 BULAN KERANA IC PALSU



ROWENA (dua dari kanan) diiring pegawai bertugas ketika keluar daripada bilik bicara Mahkamah Majistret Kota Kinabalu…adalah MUSUH NEGARA yang mencemar KEDAULATAN NEGARA


Mahkamah Majistret Kota Kinabalu hari ini memutuskan hukuman penjara 20 bulan dan diserah kepada Jabatan Imigresen selepas melakukan jenayah pemalsuan Kad Pengenalan (IC) palsu kepada Rowena Lienado.

 

Tertuduh, Rowena Lienado 38 tahun yang diwakili Peguam PJ Pereira menukar pengakuan tidak bersalah kepada pengakuan bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie setelah bukti daripada Jabatan Pendaftaran Negara Kota Kinabalu mengesahkan Rowena tidak mempunyai rekod cap jari dalam sistem JPN.

 

Semakan oleh JPN mendapati IC bernombor 820728-12-6006 yang dimiliki Rowena tidak pernah wujud dalam sistem malah taraf kelahirannya jelas menunjukkan status Bukan Warganegara.

 

“Penggunaan kad pengenalan palsu berstatus warganegara oleh individu bukan warganegara pastinya menjejaskan kedaulatan dan keselamatan negara kita.

 

“Paling jelas kita ambil iktibar dengan kes tembakan seorang pegawai bank pada tahun 2013 oleh pengawal keselamatan yang menggunakan kad pengenalan palsu.

 

“Maka dengan itu saya memohon hukuman berat dan maksimum diberikan agar dapat dijadikan pengajaran kepada masyarakat di luar sana,” ujar Pegawai Pendakwa JPN, Nurul Fariza Abdullah.

 

Rowena yang ditangkap pada 3 Julai 2020 tidak dapat diikat jamin kerana membabitkan soal jenayah keselamatan dan kedaulatan negara itu mengaku membeli IC palsu berkenaan dari bekas suami dengan nilai RM5000.

 

Dengan adanya IC berkenaan, Rowena giat melakukan jenayah penipuan bersama lelaki tempatan bernama Khairul Akhmal bin Johari dan sering mengugut mangsa dengan ugutan saman.

 

Kini, alhamdulillah mayat Rowena yang dikatakan sudah meninggal menurut kekasih gelap Khairul sudah menerima balasan di atas beribu siri penipuan Scam seluruh sabah. Tahniah kepada semua mangsa.

 

Pastikan selepas 20 bulan, mohon rakyat Sabah periksa Jabatan Penjara dan Jabatan Imigresen agar beliau benar-benar telah dihantar pulang ke negara Filipina!

No comments:

Post a Comment