Saudara Pengarang,
DI SINI saya ingin
mengutarakan fakta isu perjawatan awam sekali lagi walaupun telah banyak blog,
individu atau kumpulan yang sudah pernah menyuarakan perkara ini di dalam
internet.
Tujuan saya supaya kita
sedar dan semakin matang ke arah perubahan, lebih-lebih lagi menjelang PRU 13
ini. Saya juga tidak berniat untuk menguris hati kaum-kaum yang lain cuma saya
ingin menegakkan hak kami kaum bumiputera dan Anak Negeri Sabah.
Di Sabah, lebih kurang 60
peratus demografi kumpulan etnik adalah terdiri daripada kaum bumiputra dan
anak negeri sabah seperti berikut:
Kadazan-Dusun, Melayu Brunei,
Melayu, Kwijau, Murut, Bajau, Illanun, Lotud, Rungus, Tambanuo, Dumpas,
Mangka'ak, Orang Sungai, Kedayan, Bisaya, Tidong, Maragang, Ida'an, Minokok,
Rumanau, Paitan, Lun Bawang/Lun Dayeh, Cocos, Suluk, Tiong Hua Sabah termasuk
kahwin campur dengan natives (Sino).
Manakala yang selebihnya
adalah pecahan kaum asing seperti yang berikut:
Malaya, Cina, India, Hakka,
Cantonese, Teochew, Hainan; (Filipino) – Chavacano, Visaya, Ilocano, Suluk,
Badjao, Iranun, Tausug, Moro, Tagalog; (Indonesia) – Bugis, Jawa, Ambon, Banjar,
Toraja, China Indonesia; (Indian) – Punjabi, Tamil; (Sarawak) – Iban, Penan,
Dayak, Orang Ulu, Melayu Sarawak, China Sarawak; (Pakistan) – Pashtun; (Arab) –
Hadhrami; Eurasian; Timor; Jepun; Korea.
Malangnya perjawatan awam di
Sabah di monopoli oleh kaum bukan bumiputra. Contohnya Ketua Menteri Sabah
adalah dari kaum Pakistan (Pashtun), Setiausaha Kerajaan Negeri dari kaum Indonesia
(Jawa ) dan dua jabatan yang paling penting di Sabah iaitu Jabatan Perhutanan
pengarahnya dari kaum India (Punjab atau Benggali/ Sikh); manakala Pengarah
Jabatan Tanah Negeri Sabah dari kaum Indonesia (Bugis).
Bayangkan kedudukan mereka
ini dalam jawatan awam negeri Sabah membentuk pola penguasaan dari segi
perjawatan, ekonomi, peluang perniagaan, kemudahan, politik, sosial dan
berbagai-bagai akses yang diberikan oleh kerajaan.
Oleh itu tidak hairan jika di
kalangan kita kaum bumiputra atau pun rumpun Dusun kita sangat jauh ketinggalan
dari pelbagai segi. Yang berjaya pun dari kalangan kaum kita hanyalah ahli-ahli
politik yang hanya mementingkan diri sendiri.
Pernahkah kita mendengar ahli-ahli
korporat yang berjaya dalam perniagaan yang bukan bersumberkan politik dari
kalangan kaum Kadazan, Dusun, Brunei, Kwijau, Murut, Bajau, Iranun, Lotud,
Rungus, Tambanuo, Dumpas, Tatana, Mangka’ak, Org Sungai, Kedayan, bisaya,
Tidong, Maragang, Ida’an, Minokok, Rumanau, Paitan, Lundayeh, Cocos dan
Suluk?
Memang tiadakan? Jangankan
ahli korporat, dalam perniagaan kecil pun seperti pertanian, perikanan dan
penternakan pun dikuasai oleh mereka (Indonesia), sektor pembinaan pun mereka
juga (Filipina), kedai dan restoran (India), perniagaan berskala besar seperti
projek-projek kerajaan, petroleum, pembalakan, komoditi, perladangan dan
pelancongan dikuasai oleh kaum Cina dari Sarawak dan Semenanjung.
Kita sebagai rakyat jati
negeri Sabah terus dibelenggu dengan kemiskinan dan yang bernasib baik bekerja
dengan kerajaan bolehlah menikmati kehidupan yang seadanya kerana hanya
bergantung kepada gaji yang semakin tidak berupaya menampung kos sara hidup
yang terlalu tinggi pada masa ini.
Nampaknya tujuan kerajaan
memang mahu menjadikan rakyat terus susah dan terus bergantung kepada kerajaan
dan dalam hal ini untuk memastikan BN terus kekal memerintah dan UMNO terus
mengikis kekayaan negeri Sabah.
Kaum asing sudah tentu
menyokong kerajaan kerana diberikan segala-galanya seperti kad pengenalan,
suasana yang aman di negeri Sabah berbanding di tempat asal mereka, kemudahan,
insentif, akses, bantuan dan segala-galanya yang sepatutnya menjadi milik kita
sebagai kaum bumiputra.
Wahai saudara dan saudari,
marilah kita bersatu pada PRU 13 kali ini, kita tidak ada kuasa jika hanya
seperti saya sahaja yang sanggup dan berani berkata seperti ini kerana semua
agensi kerajaan seperti Polis, JPN, Imigresen, Kastam, SPRM dan banyak lagi
agensi adalah milik kerajaan.
Mereka tidak akan melayan
aduan ataupun laporan kita, malahan mungkin akan menyusahkan lagi individu
seperti saya. Saya sangat bersyukur mempunyai platform seperti Sabahkini.net
untuk kita berkongsi dan menyampaikan mesej penting dan inilah medium yang
terakhir sekali kita semua ada.
Sebab itu saya menyeru
kepada semua kita tumbangkan BN pada PRU 13 dan kita sokong PAKATAN. Kita bagi
peluang kepada PAKATAN untuk mengubah nasib kita semua dan generasi kita yang
seterusnya.
Ingatlah pada PRU 13 ini
kita ada KUASA RAKYAT dan KUASA ini hanya boleh digunakan sekali dalam tempoh 5
tahun. Jadi kita gunakan KUASA ini untuk menghukum kerajaan yang selama ini
hanya tahu menggunakan politik pembangunan walhal itu tanggungjawab setiap
kerajaan yang memerintah.
Akhir kata saya ucapkan "Kotobian
Tadau Tagazo Do Kaamatan!"
Salam Hormat,
POGIUMAN ENTERPRISE