Thursday 31 May 2012

KEBUDAYAAN MAMPU ZAHIRKAN KESEPAKATAN




BERSILA .....Dato Sri Nasir (duduk tengah) berbual mesra dengan sebahagian penduduk dan pemimpin masyarakat Zon Mentaritip selepas menikmati jamuan.

Oleh : ARSHAD HUSSIN

SEMPORNA: Keharmonian dan kesepakatan masyarakat majmuk negeri ini mampu diterjemahkan melalui penganjuran program sukan rakyat,kebudayaan dan kesenian yang disertai semua lapisan rakyat tanpa mengira status mahupun sukubangsa, anutan agama dan fahaman politik.

Melalui majlis keraian yang melibatkan semua penduduk bukan sahaja mampu merealisasikan konsep 1Malaysia malah ianya memperlihatkan gambaran betapa rakyat negeri ini hidup dalam keadaan rukun dan damai bertunjangkan kesepakatan mendaulatkan rukun Negara.

Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Dato Sri Nasir Tun Sakaran, menyarankan pemimpin-pemimpin masyarakat khususnya Ketua-Ketua Kampung dan Pengerusi-pengerusi JKKK lebih komited menggerakkan pembangunan kampung disamping pembangunan ummah melalui aktiviti-aktiviti yang disertai semua warga kampung.

Katanya, penduduk kampung harus disatukan dalam apa juga aktiviti bagi menjana kesepaduan berpakat membangun serta memajukan kampung yang lebih ceria, maju dan menjadi teladan contoh kepada masyarakat lain.

Nasir berkata demikian sempena Majlis Pagtawakkupan Zon Mentaritip di Dewan Serbaguna Kampung Mentaritip.

Hadirsama sempena majlis itu,Ketua Wanita Usia Bahagian Semporna, Datin Hajah Rukiah Badar; Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Dun Senallang, Haji Tahir Amir; Ketua Daerah Kawasan Senallang, OKK Haji Musa Sabaani; Pegawai Kemajuan Masyarakat Dun Senallang, Roslan Jalaludin; Pegawai Perhubungan Adun, Haji Zainal Jalaludin; kakitangan Pejabat Adun Senallang dan kakitangan UPKR Kawasan Dun Senallang.

Nasir berkata, pemimpin yang baik dan berwawasan sentiasa menyayangi rakyatnya dan membela nasib rakyat, bangsa, agama serta tidak mengajak rakyatnya melakukan kerosakan di muka bumi ini.

Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Senallang menambah, selama ini kerajaan di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi kuat parti UMNO tidak mengajak rakyat melakukan perbuatan yang boleh merugikan negara sebaliknya terus mentadbir dan membangunkan negara ini berlandaskan konsep 1Malaysia dan menerapkan nilai-nilai murni perpaduan ummah sejagat.

Justru itu, katanya pemimpin-pemimpin di peringkat kampung seharusnya turut mendekati rakyat dan mendengar keluhan mereka serta menyampaikan kepada pihak kerajaan segala permasalahan rakyat supaya kerajaan boleh menyalurkan bantuan yang diperlukan rakyat sambil mengingatkan rakyat sentiasa berwaspada  dan mengukuhkan perpaduan kaum yang sedia terjalin erat dan tidak terpengaruh dengan dakyah maupun propaganda yang cuba menganggu gugat keamanan negara ini.

6 comments:

  1. masyarakat haruslah hidup bersatu padu untuk mencapai keharmonian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perpaduan dan keharmonian harus dikekalkan.

      Delete
  2. kalau masyarakat di kampung, masih nampak lagi aktiviti2 kemasyarakatan yang dibuat seperti gotong royong dan majlis2 keramaian. kalau di bandar tu memang sukar untuk cari budaya seperti ni. masing2 bersikap individualistik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidup bermasyarakatan masih boleh dinampak dan dihayati lagi kalau di kampung.

      Delete
  3. Pemimpin perlulah kerap turun melihat sendiri keadaan penduduk dan pada masa yang sama mendengar keluhan daripada mereka. Ini demi kebaikkan bersama.

    ReplyDelete
  4. kesepakatan dikalangan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama di negeri ini adalah hasil daripada pentadbiran kerajaan sedia ada yang berjaya menyatukan kaum melalui pelbagai program2 kerajaan..

    ReplyDelete