Thursday 31 May 2012

BEKALAN SUSU SEKOLAH DIHENTIKAN SEMENTARA


 


PENAMPANG : Kementerian Kesihatan mengarahkan susu bantuan yang dibekalkan ke sekolah-sekolah di daerah Kota Kinabalu dihentikan sementara berikutan kes keracunan susu UHT melibatkan dua sekolah di negeri ini, baru-baru ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata arahan itu seharusnya dipatuhi oleh semua sekolah sehingga siasatan yang dijalankan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di bawah kementeriannya selesai.

"Saya minta supaya pengagihan susu itu dihentikan sehingga maklumat rasmi dikeluarkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan. Memandangkan kini musim cuti sekolah, soal pengagihan itu mungkin tidak timbul," katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis pelancaran Sukan Tradisi sempena Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai 2012 yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman di pentas luar pekarangan Hongkod Koisaan di sini Rabu.

Rosnah berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kes keracunan susu itu melibatkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lok Yuk dan Sekolah Kebangsaan (SK) St Francis Convent. (Bernama)

27 comments:

  1. ya. .baik dhentikan sementara bagi memastikan bekalan susu yang diberi benar2 selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. shouldn't those milk are checked before handing it out to the students?

      Delete
    2. pemeriksaan dari segi kandungan yang dibenarkan dalam susu tersebut perlu dibuat. mungkin ada bahan tercemar.

      Delete
    3. Kualiti susu harus memenuhi syarat.

      Delete
  2. Tindakan yang tepat. Hentikan segera sebelum berlaku perkara yang tak diingini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tindakan yang tepat dan cepat. sehingga selamat baru la diedarkan.

      Delete
  3. Tapi yang hairan, mcm mana boleh berlaku keracunan susu pula???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap hal ini tidak berulang lagi. Kesian dengan budak2 yang terlibat.

      Delete
    2. mungkin tersilap simpan ingredients pula.

      Delete
  4. mesti ada masalah dalam minuman itu, lain kali mesti berhati-hati.

    ReplyDelete
  5. harap bekalan sus akan dijalankan lagi bagi murid-murid ini.

    ReplyDelete
  6. Hope that the government will continue the milk distribution to schools soon. This is a good initiative from the government to ensure the students have enough nutritional intake.

    ReplyDelete
  7. The food poisoning issue due to the 1 Malaysia milk must be investigated so that the problem will not be repeated again.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isu ini harus disiasat agar tidak pihak mengambil kesempatan dengan mengancam nyawa.

      Delete
    2. Harap repot siasatan ditedahkan agar orang awam juga memberi perhatian.

      Delete
  8. Bukan satu pengeluar/pembekal saja ka susu sekolah ni?kenapa sekolah daerah KK saja yang dihentikan?

    ReplyDelete
  9. Isu susu yang dikesan harus dibuat siasatan.

    ReplyDelete
  10. Jika susu itu didapati bermasalah, harus dihentikan, untuk menjamin kesihatan murid-murid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keselamat murid-murid harus diutamakan.

      Delete
  11. If the milk comply to the spec, it is good to distribute to the students.

    ReplyDelete
  12. Keselamatan dan kesihatan kanak-kanak selepas minum harus diutamakan.

    ReplyDelete
  13. Pastikan susu dalam keadaan yang selamat untuk diminum.

    ReplyDelete
  14. Jangan merisikokan nyawa kanak-kanak.

    ReplyDelete
  15. Adakah susu tersebut diperiksa sebelum keluar dari kilang?

    ReplyDelete
  16. It is a wise action to stop the milk distribution for a while until the investigation is done.

    ReplyDelete
  17. Harap siasatan akan dibuat untuk mencari punca perkara ini berlaku.

    ReplyDelete
  18. pulangkan saja semua susu itu kepada syarikat yang menyediakan susu tersebut.. dan lagi bagus jika syarikat itu disenaraihitamkan..

    ReplyDelete