Thursday, 1 November 2012

35,000 SERTAI PELABURAN RM10 BILLION GENEVA





KUALA LUMPUR: Seramai 35,000 pelabur dengan jumlah pelaburan mencecah RM10 bilion, dikesan terlibat dalam syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd (Genneva Malaysia), Dewan Rakyat diberitahu kelmarin.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata menurut maklumat yang diterima, jumlah pelaburan yang diterima ketika ini sebanyak RM4 bilion dan boleh mencecah RM10 bilion.

Beliau berkata Bank Negara Malaysia (BNM) memerlukan masa untuk menyiasat perkara ini berdasarkan dua pertimbangan yang difikirkan perlu bagi menyelesaikan masalah skim tersebut.

"Pertama, syarikat ini berselindung dalam perniagaan emas di mana emas ini ada tarikan sentimental. Ramai berminat tidak kira latar belakang termasuk pemimpin. (Bagi mereka) Terdapat perasaan bahawa ini satu perniagaan betul.

"(Kedua) BNM terpaksa mengimbangi keadaan dan tidak boleh terus masuk pada satu masa. Contoh, kalau hari  ini masuk dan siasat, BNM pun kena marah kerana disebabkan BNM masuk, pelabur hilang pulangan.

"Jadi BNM kena imbangi, tidak boleh terlalu cepat. Keseimbangan ini penting dan mustahak. Saya  rasa kita semua akan belajar dari pengalaman ini semoga pengendalian kes lebih baik pada masa akan datang," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ibrahim Ali (BEBAS-Pasir Mas).

Awang Adek sebelum ini memberitahu Parlimen, liabiliti syarikat pelaburan jongkong emas berkenaan melebihi aset syarikat dan keadaan itu menunjukkan Genneva Malaysia tidak mampu membayar pulangan kepada pelabur.

Baru-baru ini pihak berkuasa menyerbu Genneva Malaysia Sdn Bhd dan syarikat sekutunya kerana disyaki melanggar Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Menjawab soalan asal oleh Datuk Wira Ahmad Hamzah (BN-Jasin) mengenai tindakan kementerian dalam membendung skim cepat kaya yang menjalankan pengambilan deposit dan pelaburan haram, Awang Adek berkata BNM sedang mengkaji untuk mengenakan hukuman yang lebih berat kepada mereka yang menjalankan skim seperti itu.

Selain itu katanya kementerian dengan kerjasama agensi kerajaan lain, termasuk bahagian penguatkuasaan, mengadakan pemantauan dan risikan serta maklumat menerusi aduan orang ramai. (Bernama)

DUA ORANG DITAHAN DI LUBNAN ADALAH PENGGANAS




 

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah mengesahkan dua orang rakyat Malaysia yang ditahan oleh pihak berkuasa Lubnan pada Khamis lepas sebagai pengganas. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan mereka yang ditahan itu telah berada di bawah pengawasan dan risikan kerajaan.

"Mereka telah di bawah pemantauan risikan kita sejak setahun dahulu. Cuma hari ini kita maklumkan pada orang ramai oleh kerana penahanan yang dibuat di Lubnan," katanya pada sidang media di Parlimen di sini, kelmarin.

Kerajaan tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap suspek kerana mahu menunggu masa yang tepat, jelas Hishammudin ketika diminta mengulas mengapa kerajaan tidak bertindak walaupun telah membuat pemantauan selama setahun.

"Badan-badan perisikan perlu mengambil tindakan pada masa yang sesuai. (Sebelum ini) Mas Selamat telah dipantau selama lapan bulan sebelum tindakan diambil supaya badan risikan dapat mengumpul maklumat yang tepat dan lengkap," katanya.

Hishammuddin berkata bilangan orang di bawah pengawasan kerajaan adalah ramai tetapi jumlah itu tidak perlu didedahkan kerana ada sebahagiannya merupakan rakyat Malaysia dan ada yang dari negara lain.

Sementara itu, Hishammuddin juga berkata, akta baru yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri telah diberi peruntukan untuk berurusan dengan kes-kes keganasan.

"Ini sesuatu yang perlu diterima oleh semua pihak kerana tiada yang akan setuju dan menyokong aktiviti keganasan," katanya.

Khamis lalu, pihak berkuasa Lubnan telah menahan dua orang rakyat Malaysia dipercayai pengebom berani mati dan disyaki ada kaitan dengan organisasi pengganas al-Qaeda.

Mohamad Razin Shahar Mustapha Kamal, 21, dan Razif Mohamad Ariffin, 28, telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut. (Malaysian Digest)

WORLD'S 'POOREST' PRESIDENT DRIVES AN OLD BEATLE





ARRIVAL ... Mujica alights from his VW Beatle.

MONTEVIDEO : Usually Presidents are not associated with poverty. Some, like Venezuelan President Hugo Chavez, are even linked to big spending and generous welfare programs.

But the President of Uruguay, José Mujica, has earned the nickname of the 'poorest', or the 'most generous' President in the world — depending on how you see things— after revealing that he donates 90 percent of his earnings, to charitable causes.

In a recent interview, Mujica told Spain’s El Mundo that he earns a salary of US$12,500 a month, but only keeps $1,250 for himself, donating the rest to charity.

The president said that the only big item he owns is his VW car, valued at $1,945 dollars. The farmhouse in which he lives in Montevideo is under his wife’s name, Lucía Topolansky, a Senator, who also donates part of her salary.

“I do fine with that amount; I have to do fine because there are many Uruguayans who live with much less,” the president told  El Mundo.

The 77-year-old Mujica is a former guerilla leader, who fought against Uruguay’s military regimes in the 1970s. He was also Minister of Livestock, Agriculture and Fisheries from 2005 to 2008 and afterwards, served as a senator.

Later on, as presidential candidate for the Broad Front, the left-wing coalition, Mujica won the 2009 election becoming Uruguay’s president on March 1, 2010.

Uruguay is the second smallest nation in South America by area, after Suriname. However it is one of the most developed countries on the continent, with a GDP per capita of $15,656. That’s less than half of United States’ GDP per capita, but it triples earnings in Honduras which has a GDP per capita of just $4,345.

Under Mujica’s stewardship, Uruguay has become known for low levels of corruption. The South American country ranks as the second least corrupt country in Latin America in Transparency International’s global corruption index.

Uruguay also made it to the world cup 2010 semi-finals while Mujica was in office, and the country won the South American Soccer championships in 2011, stunning tournament hosts Argentina, in a memorable performance by striker Diego Forlan.

It seems therefore, that it’s a good time to be Jose Mujica.

Without bank accounts, and with few debts, Mujica told El Mundo that he sleeps peacefully. When his term is over, the President hopes to rest even more peacefully in his farmhouse, along with his wife and his inseparable dog, Manuela.

SEKS PONDOK-PONDOK, REMAJA DITAHAN POLIS





GARA-GARA mahu meniru aksi melakukan hubungan seks ketika bermain ‘pondok-pondok’ bersama sepupunya, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan polis selepas mencabul kanak-kanak itu yang berusia empat tahun, kelmarin.

Difahamkan, remaja lelaki terbabit ditahan polis selepas keluarga kanak-kanak itu membuat laporan dan pemeriksaan mendapati ada kesan cabul pada bahagian kemaluan mangsa.

Sumber menyatakan dalam kejadian tengah hari itu, kedua-duanya bermain di rumah mangsa. Ketika bermain, remaja terbabit dipercayai menyuruh mangsa membuka pakaiannya sebelum melakukan aksi tidak senonoh dan mencabul mangsa.

Selepas selesai bermain, remaja itu pulang ke rumahnya. Namun, mangsa yang berasa sakit pada kemaluannya menangis dan memberitahu ibunya. Kata sumber, ibu mangsa kemudian bertanyakan anak kecilnya yang menceritakan perbuatan remaja terbabit.

Terkejut mendengar cerita itu, wanita berkenaan pergi ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan berhubung kejadian itu. Mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut sebelum polis menahan suspek di rumahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan penahanan remaja itu. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. (Harakahdaily)

KRISIS IDENTITI VS KRISIS INTEGRITI?





SETELAH hampir 20 tahun menanti penggantian kad pengenalannya yang hilang,  namun sehingga kini tiada sebarang jawapan menyebabkan, Sabri Bin Kasim hilang segala hak kerakyatan Malaysia. Sabri yang kini menetap di Semporna masih menaruh harapan agar JPN menyegerakan penggantian kad pengenalannya kerana resit kad pengenalannya telah lusuh dan setiap kali ke Jabatan Pendaftaran Semporna, beliau hanya diberi cap enam bulan untuk semakan lanjut. Mujur 7 orang anaknya tidak menghadapi krisis ini. Sabri salah seorang daripada lebih 20,000 rakyat Sabah yang menghadapi masalah identiti setelah kad pengenalan mereka hilang; namun JPN yang kehilangan integriti gagal menyelesaikan masalah mereka. Kenapa mereka tersisih dari siasatan RCI?