GARA-GARA mahu meniru aksi
melakukan hubungan seks ketika bermain ‘pondok-pondok’ bersama sepupunya,
seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan polis selepas mencabul
kanak-kanak itu yang berusia empat tahun, kelmarin.
Difahamkan, remaja lelaki
terbabit ditahan polis selepas keluarga kanak-kanak itu membuat laporan dan
pemeriksaan mendapati ada kesan cabul pada bahagian kemaluan mangsa.
Sumber menyatakan dalam
kejadian tengah hari itu, kedua-duanya bermain di rumah mangsa. Ketika bermain,
remaja terbabit dipercayai menyuruh mangsa membuka pakaiannya sebelum melakukan
aksi tidak senonoh dan mencabul mangsa.
Selepas selesai bermain,
remaja itu pulang ke rumahnya. Namun, mangsa yang berasa sakit pada kemaluannya
menangis dan memberitahu ibunya. Kata sumber, ibu mangsa kemudian bertanyakan
anak kecilnya yang menceritakan perbuatan remaja terbabit.
Terkejut mendengar cerita
itu, wanita berkenaan pergi ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan
berhubung kejadian itu. Mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan
lanjut sebelum polis menahan suspek di rumahnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah
Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan penahanan
remaja itu. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan
kerana mencabul. (Harakahdaily)
No comments:
Post a Comment