Thursday, 1 November 2012

KRISIS IDENTITI VS KRISIS INTEGRITI?





SETELAH hampir 20 tahun menanti penggantian kad pengenalannya yang hilang,  namun sehingga kini tiada sebarang jawapan menyebabkan, Sabri Bin Kasim hilang segala hak kerakyatan Malaysia. Sabri yang kini menetap di Semporna masih menaruh harapan agar JPN menyegerakan penggantian kad pengenalannya kerana resit kad pengenalannya telah lusuh dan setiap kali ke Jabatan Pendaftaran Semporna, beliau hanya diberi cap enam bulan untuk semakan lanjut. Mujur 7 orang anaknya tidak menghadapi krisis ini. Sabri salah seorang daripada lebih 20,000 rakyat Sabah yang menghadapi masalah identiti setelah kad pengenalan mereka hilang; namun JPN yang kehilangan integriti gagal menyelesaikan masalah mereka. Kenapa mereka tersisih dari siasatan RCI?

No comments:

Post a Comment