BEAUFORT: Wanita terbukti
mampu memberi sumbangan besar dalam kehidupan sejagat dengan memiliki kekuatan
istimewa yang dianugerahkan Tuhan. Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan
Keluarga (MPWK) Malaysia, Datuk Sharizat Abd Jalil berkata realiti dan
sejarahnya wanita sering berhadapan dengan berbagai cabaran dan dugaan.
Namun wanita mampu
menunaikan amanah yang terpikul di bahu mereka dengan sebaiknya, terutamanya
dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.
“Kami wanita menghadapi
berbagai cabaran alam hidup. Dalam keluarga, alam masyarakat dan dalam parti.
Tuhan beri kekuatan istimewa kepada wanita terutama kita menghadapi cabaran dan
juga dugaan.
“Namun demikian, apabila
wanita diberi jawatan (dan tanggungjawab) dalam apa pun (bidang) kita mesti
jalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan berwibawa,” katanya.
Beliau berkata demikian
ketika berucap merasmikan Program Kenduri Sekampung MPWK Parlimen Beaufort di
Kampung Rancangan Klias di sini, kelmarin.
Hadir sama, Menteri
Pembangunan Masyarakat dan hal Ehwal Pengguna, Datuk Azizah Mohd Dun,
Setiuasaha Politik Kepada Perdana Menteri, Datuk Sohaimi Ibrahim, Pemangku
Ketua umno Bahgaian Beaufort, Isnin Alisanih, Pemimpin Wanita parti komponen
Barisan Nasional (BN), pemimpin parti komponen BN Beaufort dan pemimpin
masyarakat.
Sharizat yang juga Ketua
Pergerakan wanita Umno Malaysia itu berharap wanita terus bersatu padu bagi
memastikan kekuatan BN tidak tergugat.
“Saya berharap puan-puan
akan bersatu padu untuk terus memberi sokongan dan kerjasama kepada pemimpin BN
di sini bagi memastikan kita terus kuat sebagai sebuah kerajaan,” katanya
sambil mengulas sinis tindakan Ketua Umno Bahagian Beaufort meninggalkan parti
baru-baru ini.
“Dalam dunia ini yang
mustahak ialah sistemnya, orang boleh datang dan pergi. Kita rasa kesal apabila
'bapa' kita lari tengah malam begitu. Kita rasa kesal..sebab kita semua sayang
kepada pemimpin tetapi apabila dah lari begitu kita tak boleh biarkan sesiapa
pun menumbangkan kita,” katanya disambut tepukan gemuruh penduduk yang hadir.
Sharizat menyerus penduduk
sentiasa bekerjasama dengan semua pemimpin menyokong dan memilih BN dalam
pilihanraya akan datang bagi memastikan Belanjawan 2013 dapat direalisasikan
untuk kesejahteraan rakyat negara ini.
“Inilah satu-satunya
belajawan yang betul-betul berjiwa rakyat, dimana tiap-tiap daripada tuan-tuan
dan puan-puan akan menerima ganjaran daripadanya (Belanjawan 2013),”
“(Namun) Ini semua Perdana
Menteri boleh buat kerana kita diperingkat akar umbi (telah) menangkan parti
(komponen) BN sebagai satu keluarga. Justeru itu marilah kita undi BN untuk
kemenangan lebih besar agar kerajaan kita kuat sekali gus tmampu membawa
keamanan, kesejahteraan, kestabilan dan pembangunan seluruh rakyat Malaysia
secara berterusan.
Pada program yang dihadiri
kira-kira 2,000 penduduk itu Sharizat berkesampatan menziarahi dan menyampaikan
sumbangan kepada penduduk yang kurang bernasib baik di kampung itu.
No comments:
Post a Comment