UTUSAN Malaysia hari ini
menuntut Malaysiakini memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas dakwaan
bahawa portal berita itu dibiaya jutawan George Soros.
Dalam edisi hujung minggunya
hari ini, Awang Selamat – nama samaran untuk Pengarang Akhbar tersebut – juga
mempersoalkan jika Malaysiakini berniat untuk menjadi 'Alat Pihak Asing'.
"Dengan sekian banyak
bukti, jangan lagi berulang kali mendakwa portal itu bersifat bebas, itu hanya
menghina diri sendiri. Belum terlewat lagi untuk kembali ke pangkal jalan,
lebih-lebih lagi ini adalah soal kedaulatan," kata penulis tanpa nama itu.
Penulis berkenaan menyalahkan
pembiaya asing yang didakwanya 'menjadi ancaman kepada keselamatan dan
kedaulatan negara' atas laporan 'memburuk-burukkan kerajaan' dan menyokong Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam kempennya sebelum ini,
Utusan turut melaporkan dakwaan seorang bekas editor Malaysiakini yang mendakwa
salah seorang pengarah portal itu, Harlan M Mandel merupakan 'Orang Soros'.
Bagaimanapun, akhbar milik
Umno itu tidak melaporkan kenyataan dan penjelasan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini,
Premesh Chandran berhubung isu tersebut.
Akhbar itu juga tidak
melaporkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad sudah berbaik-baik dengan Soros dan
turut meminta jutawan itu menyokong Projek Anti-Perang Forum Keamanan Dunia
yang diusahakan Bekas Perdana Menteri itu.
Malaysiakini sebelum ini
mendedahkan bahawa Mandel menjadi salah seorang Pengarah Mkini Dotcom Sdn Bhd
selepas mengetuai Media Development Loan Fund pada tahun lalu.
No comments:
Post a Comment