HARI INI adalah hari April
Fool atau jika diterjemahkan secara harfiah, April Trick (Tipu Daya April).
Tetapi berapa banyakkah di kalangan kita, terutama orang Islam, tahu tentang
rahsia pahit di sebalik hari ini?
Menurut kajian, pada abad
ke-8 Masihi, orang Islam berjaya menubuhkan satu Empayar di Sepanyol yang
mempelopori era Zaman Keemasan Tamadun Islam.
Orang Kristian, menerusi
kajian teliti mereka, mendapati bahawa faktor utama Islam berkembang dengan
pesat dan berjaya menubuhkan Empayar di Sepanyol adalah kerana ketaqwaan
(kesolehan) kaum Muslimin.
Jadi, orang Kristian
bertindak melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan
budaya. Mereka memperkenalkan arak dan lain-lain minuman keras, rokok, muzik,
tarian dan pergaulan bebas kepada generasi muda Muslim, dan memastikan semua
ini tersedia ada secara meluas dan bebas.
Penyerahan diri Sultan
Granada Muhammad XII
Taktik ini membuahkan hasil
yang berkesan, dan iman kaum Muslim di Sepanyol mulai menjadi lemah, terutama
di kalangan generasi muda. Kesan jangka panjangnya adalah orang Kristian
Katolik barat berjaya menakluk seluruh Sepanyol dan mengakhiri kekuasaan Islam
yang telah bertahan selama lebih dari 800 tahun.
Grenada, yang merupakan
benteng terakhir umat Islam, jatuh pada 1 April 1487. Penyerahan diri tentera
Islam Granada telah dilakukan oleh Sultan Muhammad XII kepada Raja Sepanyol
Ferdinand dan Ratu Isabella.
Tarikh 1 April ini dirayakan
sehingga sekarang sebagai hari "Tipu Daya April", di mana orang-orang
Kristian dengan mudah berjaya menipu orang Islam sehingga jatuhnya sebuah
Empayar Islam di Sepanyol yang sering kita megahkan.
Mulai dari hari itulah orang
Kristian memanggil orang Islam "orang bodoh yang mudah tertipu."
Mereka menganggap bukan saja tentera Islam di Granada sebagai orang bodoh yang
mudah tertipu, tetapi juga menggunapakai perkataan "bodoh" itu ke
atas seluruh ummah Islam. (Ingat, perkataan "fool" juga bermakna
bodoh).
Apa yang terjadi pada tarikh
1 April itu? Berikut dipaparkan sedutan satu artikel yang menjelaskan tragedi
tersebut, untuk renungan dan pengajaran umat Islam di negara ini.
Pada setiap tanggal 1 April,
ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan
membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan.
April Fools Day, demikian
orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan
tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap
kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan?
Inilah sejarahnya yang
disalin kembali sebahagiannya dari buku “Valentine Day, Natal, Happy New Year,
April Mop, Halloween: So What?” (Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005).
Sejarah April Fool
Perayaan April Fool yang
selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari
satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan.
The April’s Fool Day berasal
dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan
892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah
Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.
Sejak dibebaskan Islam pada
abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri
yang makmur secara beransur-ansur.
Pasukan Islam tidak setakat
berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri
sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota
Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh.
Walau sangat kuat, pasukan
Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah
Barat yang terletak di pergunungan.
Islam telah menerangi
Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati,
maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk
Islam.
Muslim Sepanyol bukan hanya
beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara
Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku
berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul
bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu
berlangsung hampir enam abad lamanya.
Selama itu pula kaum kafir
yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya
membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah
mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik
untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol.
Akhirnya perisik itu
menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah
harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.
Maka mulailah secara
diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah
Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi
dan menari berbanding membaca Al-Quran.
Mereka juga mengirim
sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di
dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.
Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya
dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan
dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan.
Tidak hanya pasukan Islam
yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang
tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.
Satu persatu daerah di
Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk
Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah
untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.
Ketika jalan-jalan mulai
sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan
aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih
bersembunyi di rumah-rumah.
Dengan lantang tentera Salib
itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah
dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa
barang-barang keperluan mereka.
“Kapal-kapal yang akan
membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami
menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka
kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.
Orang Islam masih curiga
dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri
kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar
melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk
meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun
bersiap untuk berlayar.
Keesokan harinya, ribuan
penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah dengan membawa seluruh
barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan.
Beberapa orang Islam yang
tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di
rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan,
dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan
penghuninya.
Lidah api terlihat
menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah
tersebut bersama orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.
Manakala ribuan umat Islam
yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar
kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol.
Kapal-kapal itu dengan cepat
tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali
tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan
anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan
pedang yang terhunus.
Dengan satu teriakan dari
pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa
perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera
Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.
Seluruh Muslim Sepanyol di
pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut
yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman.
Tragedi ini bertepatan
dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian
pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.
Bagi umat Islam April Fool
tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara
seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol.
Oleh sebab itu, adalah
sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini.
Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut
bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut.
Siapa pun orang Islam yang
turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun
pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada,
Sepanyol, beberapa abad silam. [Sumber: Hizbut Tahrir]
Selepas membaca artikel di
atas, sanggupkah kita orang Islam menipu daya orang Islam lain, kemudian ikut
bergembira dan tertawa, walaupun kita biasanya hanya bergurau dan tidak berniat
buruk?
Antara katakunci-katakunci
yang boleh diambil dari tragedi 1 April yang menyayat hati ini termasuklah tipu
daya, berbohong, mungkir janji, melemahkan iman melalui budaya bukan Islam.
Bolehkah kita kaitkan
tragedi April Fool ini dengan keadaan umat Islam di negara kita sekarang?
Sama-samalah kita renungi...
No comments:
Post a Comment