Oleh : ARSHAD HUSSIN
SEMPORNA: Menteri di Jabatan
Ketua Menteri,Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran, meminta rakyat tidak terpesona
dengan janji-janji manis pihak pembangkang yang sering ditabur setiap menjelang
pilihan raya.
Katanya, pembangkang hanya
tahu berjanji tetapi tidak menunaikannya berbanding dengan kerajaan BN sentiasa
menunaikan janji.
Apa yang penting katanya, rakyat
hendaklah sentiasa berganding bahu berpimpin tangan memberikan sokongan padu
kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ikhlas memperjuangkan nasib rakyat
berlandaskan misi Tradisi Membela Rakyat tanpa membezakan sukukaum, anutan
agama mahupun ideologi politik.
Ini katanya jelas terserlah
dalam gagasan konsep 1Malaysia yang mendahulukan kepentingan rakyat dan Janji
Ditepati.
Beliau berkata demikian
sempena Program Ziarah Rakyat & Pengesanan Pengundi di empat buah kampung
dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Senallang di sini.
Antara kampung yang
diziarahi itu termasuklah Kampung Tarapuli; Kampung Blok Tarapuli; Kampung
Pegagau Baru dan Kampung Kubang Pinang.
Program turun padang Ziarah
Rakyat itu yang dilakukan sepanjang tahun bertujuan mendengar keluhan rakyat, menyampaikan
bantuan dan melawat projek pembangunan kerajaan serta diteruskan dengan
pengesanan pengundi di setiap Pusat Daerah Mengundi sebagai persiapan akhir
menghadapi PRU-13.
Sejak program itu
dilaksanakan awal tahun ini lebih 5,000 pemilih telah dikesan daripada bilangan 68 buah kampung yang meliputi 1,780
buah rumah dalam kawasan DUN Senallang.
Berdasarkan pewartaan
Suruhanjaya Pilihan Raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang
mempunyai bilangan 13,365 pemilih berdaftar termasuk pengundi baru sementara pengundi Parlimen P.189 Semporna 41,071 orang pemilih.
Sehubungan itu Nasir yang
juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna,menasihatkan rakyat tidak tersalah
pilih parti yang bakal menerajui kepimpinan Negara.
Ujarnya,apabila tersalah
perhitungan memilih parti yang tidak membela serta memperjuangkan nasib rakyat
maka rakyat jugalah yang akan rugi dan menyesal tidak berkesudahan.
"Ingatlah apabila kita
tersalah memilih pemimpin dan parti menerajui negara ini dan kita kehilangan
kuasa, kita tidak lagi dapat menikmati kemakmuran yang kita perolehi daripada
pemimpin dan Barisan Nasional (BN)," kata Nasir.
Ujarnya, selama ini rakyat
dan negara berada dalam keadaan aman, makmur dan selamat serta menikmati
pelbagai bantuan dan pembangunan seiring dengan niat ikhlas BN membela rakyat.
Nasir menambah, rakyat harus
sedar apabila parti yang didokong dan cukup prihatin membela nusa, bangsa dan
agama ini kehilangan kuasa ianya akan membawa kerugian besar kepada rakyat
kerana tidak lagi akan dapat menikamti apa yang diberikan oleh kerajaan yang
ada sekarang.
"Sentiasa bersyukur
kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada kerajaan yang ikhlas membela nasib
rakyat merupakan nilai intagriti cukup bermakna dalam sebuah kehidupan
bermaruah," kata Nasir.
Dalam pada itu juga beliau
turut merasa kesal dengan segelintir penduduk yang tidak tahu berterima kasih
dan bersyukur kerana menderhaka kepada negara dan bersengkongkol dengan
pengganas Kiram III melakukan pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna sehingga mengorbankan anggota pasukan
keselamatan serta memusnahkan kediaman penduduk.
Nasir yang juga Menteri
bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, turut
mengingatkan umat Islam sentiasa menghayati ajaran agama yang benar
berlandaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berlandaskan Al-Qur’an dan
Hadis dan tidak sewenangnya mempergunakan ayat-ayat suci Al-Qur’an dengan tujuan
yang salah serta tidak menyalah tafsir makna jihad fi’sabillilah.
Katanya kerajaan sentiasa
prihatin menyalurkan pelbagai bantuan termasuk membangunkan prasarana
pendidikan; kesihatan termasuk keperluan asas dan perumahan rakyat serta rumah
ibadat surau dan masjid.
Katanya semua bantuan itu
seharusnya dimanfaatkan dan dijaga dengan baik.
Nasir berkata, surau dan
masjid hendaklah diimarahkan dan tidak dibiarkan kosong begitu sahaja.
Di sinilah katanya, peranan
para imam dan ketua kampung serta pengerusi JKKK harus digembleng untuk
memimpin umat bersatu padu menunaikan
perintah agama dengan mengimarahkan masjid dan surau sepanjang waktu.
"Berkasih sayanglah
sambil mematuhi perintah agama kerana tanpa rasa sayang kepada nusa, bangsa dan
agama kita tergelincir daripada landasan dan fitrah ummah yang
bertamadun," kata Nasir.
No comments:
Post a Comment