OPERASI memotong bahagian
kapal sepanjang 68 meter itu bermula sejak 22 Februari lalu. Bagaimanapun,
operasi memotong itu terpaksa ditangguhkan kerana cuaca buruk.
Operasi memotong kapal itu
dilakukan dengan menggunakan sebuah kren di atas sebuah kapal lain. Kapal itu
terkandas pada 17 Januari lalu selepas ia tersilap memasuki kawasan terumbu
karang.
Badan depan sebuah kapal
pembersih periuk api milik tentera Amerika Syarikat (AS), USS Guardian dipotong
selepas ia terperangkap di Terumbu Tubbataha di Laut Sulu, lapor akhbar
Philippine Daily Inquirer semalam.
Bahagian depan kapal itu diangkat
dengan menggunakan sebuah kren selepas ia dipotong di Terumbu Tubbataha, Laut
Sulu.
Jurucakap Pasukan Pengawal
Pantai Filipina, Leftenan Komander Armand Balilo berkata, sebuah pasukan
berjaya melakukan operasi tersebut.
Badan kapal yang dipotong
itu diletakkan di dalam sebuah tongkang kelmarin. Menurutnya, pasukan
penyelamat akan melakukan operasi memotong baki bahagian badan kapal itu.
No comments:
Post a Comment