Monday, 1 April 2013

KENAPA NAJIB ENGGAN BUBAR PARLIMEN?






TERIMA...... Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menerima borang seramai 600 orang anak muda dari DUN Sulaman,Tuaran yang diketuai oleh Mohd Nazlen Haji Awang Puasa di Restoran TRansit, Tuaran. Turut menyaksikan Bekas Ketua Penerangan UMNO Tuaran; Haji Ghulabdin Enjih (tengah).

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

TUARAN : Kurang yakin terhadap sokongan rakyat serta takut menerima kekalahan adalah punca mengapa sehingga kini Perdana Menteri; Datuk Najib Tun Razak masih enggan untuk membubarkan Parlimen, walaupun tempoh mandat Barisan Nasional (BN) mentadbir Kerajaan Persekutuan telah melempasi tempoh lima tahun selepas 8 Mac 2008.

Lebih mendesak lagi setelah berakhirnya tempoh lima tahun Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang dengan sendirinya terbubarlah DUN negeri tersebut, maka adalah sepatutnya Dewan Parlimen juga dibubarkan untuk melaksanakan Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke 13 dilaksanakan segera bagi menentukan pemilihan kerajaan baharu negara dan negeri-negeri memalui proses pengundian.

"Meskipun kerajaan BN memberi pelbagai pemberian kepada rakyat di saat-saat menjelangnya pilihan raya, namun jelas semua itu difahami sebagai usaha untuk memancing undi semata-mata. Selama lima tahun sebelum ini apa yang UMNO/BN berikan? Sekarang baru kelamkabut memberikan pelbagai bantuan seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM), Naikkan Bonus Kakitangan Awam, Beri permit dan tayar teksi.

"Sebelum ini tiada apa-apapun sumbangan, tetapi bila dekat pilihanraya macam-macam ada. Oleh sebab itu, sehingga sekarangpun Datuk Najib masih belum membubarkan parlimen kerana dia sedar rakyat tahu semua itu bukan keikhlasan pemmpin dan kerajaan BN"

Datuk Najib nampaknya dalam dilema dan akhirnya terpaksa menunggu sehingga Parlimen terbubar sendirinya pada 28 April depan dan DUN-DUN akan bubar secara automitik pada 22 April (Selangor),24 April (Perak),26 April (Melaka),28 April (Perlis dan Kelantan),29 April (Sabah),2 Mei (Pulau Pinang dan Kedah) dan 5 April (Terengganu).

Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka Malaysia (AMANAH) Kawasan Sulaman; Haji Ghulabdin Enjih berkata, dengan tarikh Pilihan Raya Umum  ke 13 (PRU13) masih menjadi tanda tanya, maka rakyat beranggapan kerajaan yang sebenarnya memberitahu belum bersedia untuk melaksanakannya kerana kurang keyakinan terhadap peluang memenangi pilihanraya kali ini.

"Jika kerajaan masih tidak yakin dengan kemampuan dan perkhidmatan kepada rakyat, maka dari itu ia sendirinya memberikan gambaran kurang yakin terhadap sokongan rakyat terhadap pemerintah yang selama ini dinyatakan sebagai sebuah kerajaan mempunyai track rekod yang baik serta mempunyai program terbaik yang membantu rakyat," kata Haji Ghulabdin yang juga Timbalan Pengerusi Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (KOSAN).

Sehubungan itu kerajaan yang telah memberikan pelbagai bantuan kepada rakyat seharusnya mengambil sikap berani untuk mengadakan PRU ke 13 supaya reputasi dan sokongan yang dianggap baik pada ketika ini dapat membantu kerajaan memenangi pilihanraya.

"Dalam kekalutan kerajaan yang bimbang mengadakan pilihanraya lebih awal, pembangkang mempunyai pandangan dan keyakinan tinggi terhadap sokongan rakyat yang bangkit kerana kerajaan hilang keyakinan terhadap tahap kekuatannya kerana kegagalan kerajaan membubarkan dewan parlimen; membuktikan takut akan kalah dalam pilihanraya yang dianggap sebagai yang tersengit pada kali ini, " kata Haji Ghulabdin yang juga Mantan Ketua Penerangan UMNO Tuaran.

Beliau menyatakan berdasarkan pandangan umum, PRU ke 13 harus dilaksanakan segera jika kerajaan tidak mahu dilebel menjadikan tarikh pilihanraya sebagai satu permainan teka teki yang boleh menghakiskan kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan pimpinan kerajaan yang memerintah hari ini.

"Saya menaruh keyakinan kerajaan semakin lama pilihan raya ini ditangguhkan, maka ia akan memberikan banyak peluang kepada pihak pembangkang untuk terus memperkuatkan pengaruh terutama dalam usaha membangkitkan semangat rakyat untuk mengubah kerajaan yang didakwa mempunyai pelbagai masalah.

"Antaranya isu termasuklah Pemberian Kad Pengenalan (IC), Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja terhadap pemberian Kad pengenalan kepada Pendatang Tanpa Izin (PTI) dan terbaru insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah yang mengorbankan ramai perwira negara," kata Haji Ghulabdin.

Beliau menyatakan rakyat semakin tidak sabar menunggu tarikh sebenar PRU ke 13 dan pada masa yang sama mereka terus berpeluang mengikuti pelbagai program pihak pembangkang termasuklah yang terbaharu Majlis Jelajah Pakatan Harapan Rakyat yang dihadiri oleh hampir 6000 orang di Restoran Transit, Dalit di Kampung Lok Batik Tuaran.

"Kejayaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tuaran menjemput Ketua Umum PKR; Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu tamparan kepada pihak kerajaan di kawasan itu kerana pembangkang yang hanya berbekalkan perjuangan semata-mata dapat menarik ribuan penyokong untuk menghadiri setiap program mereka. Jadi ini tidak mustahil dapat memantapkan lagi persiapan Pakatan Rakyat (PR) untuk menghadapi pilihanraya pada bila-bila masa," kata Haji Ghulabdin yang menjadi tuan rumah bersama Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS); Haji Awang Puasa Jambul.

Beliau berkata, sekiranya kerajaan bersedia menghadapi pilihan raya umum lebih cepat lagi, maka ia harus dilaksanakan segera di saat sisa-sisa sokongan rakyat masih ada hasil daripada mengadakan pelbagai program bantuan untuk rakyat, namun pada masa yang sama pembangkang mempunyai kekuatan tersendiri atas kebangkitan rakyat untuk mengubah pelbagai sistem kerajaan yang sudah tidak relevan lagi.

No comments:

Post a Comment