TAWAU : Pas Kalabakan mengecam
keras arahan perobohan sekitar 90 buah rumah di Kg Bukit Kukusan, Tawau, Sabah.
Bercakap kepada wakil pemberita, Cik Fatmawaty Yusuf, Penyelia Pas DUN Tanjung
Batu-Kalabakan berkata, pihaknya akan terus mengambil tindakan drastik bagi mempertahankan
hak penduduk.
"Kita berharap penduduk
kampung tidak meninggalkan rumah masing-masing sehingga satu penjelasan dibuat oleh
Jabatan Tanah tentang hak mereka. Kami di peringkat Pakatan Rakyat sedang merangka
satu tindakan drastik untuk mendesak Jabatan Tanah menyelesaikan pemilikan tanah
kepada penduduk kampung sebaga imana surat kelulusan yang telah dikeluarkan sejak
2003 lagi”
Semalam, Pas Tawau dan Kalabakan
telah membuat laporan polis berhubung gangguan dan cubaan perobohan rumah menggunakan
sebuah jentera.
Keadaan ini berlaku apabila seorang
penama, Hj Abdul Rasyad bin Hj. Adam (M/s Chee & co) yang mengaku sebagai pemilik
tanah, telah menuntut semua penduduk yang menduduki tanah seluas 8.06 ekar itu
agar berpindah dan keluar dari kawasan tersebut.
Bagaimanapun, penduduk kampung
menegaskan, mereka telah mendapat surat kelulusan penempatan daripada mahkamah untuk
tinggal di situ sehingga sekurang-kurangnya Oktober akan datang.
Menurut Fatmawaty lagi,
pihaknya akan membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
kerana dikhuatiri wujudnya salahlaku dan rasuah dalam tuntutan pemilikan tanah ini.
Dakwaan ini wujud kerana pihaknya merasa hairan apabila wujudnya kekeliruan dalam
status pemilikan tanah di kawasan terlibat.
Isu kekeliruan pemilikan tanah
ini dijangka memberi impak yang besar kepada suasana politik Kalabakan menjelang
pilihanraya umum ke-13 khususnya di DUN Tanjung Batu kerana terkini wujudnya persaingan
hebat antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional dalam memenangi isu ini di
sana.
No comments:
Post a Comment