Monday, 6 April 2015

Ahli Parlimen Papar Sampaikan Sumbangan Bantu PIBG Dan NGO Daerah Papar




PENERIMA...Rosnah (tengah) bersama pengerusi pengerusi PIBG dan NGO yang menerima sumbangan tersebut



Sebanyak 18 buah persatuan persatuan NGO termasuk Persatuan Ibubapa Guru (PIBG) dari daerah Papar menerima sumbangan kewangan dari Ahli Parlimen Papar Datuk Hajah Rosnah Abdul Rashid Shirlin dalam satu majlis ringkas yang diadakan di pejabat Pusat Khidmat Parlimen Papar Kelmarin.


Menurut Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kerja  Raya, sumbangan tersebut bertujuan untuk membayai program program sepanjang tahun yang dilaksanakan oleh PIBG dan badan badan NGO yang terlibat.

GUNAKAN SEBAIKNYA...Rosnah ketika menyerahkan cek sumbangan kepada salah seorang pengerusi NGO sempana majlis tersebut

Katanya, melalui sumbangan tersebut diharapkan dapat membantu meringankan beban kewangan  setiap PIBG  untuk menjalankan program program pendidikan khusus untuk membantu pihak sekolah menjayakan program yang dirancang demi untuk memperkasakan lagi sektor pendidikan di daerag ini sementara bagi badan badan  NGO yang menerima sumbangan tersebut beliau berharap NGO terlibat dapat menlaksanakan program bukan sahaja untuk kepentingan ahlinya namun melibatkan komuniti setempat sekali gus dapat menjalin hubungan silatulrahim  semangat kerjasama selari dengan usaha kerajaan memperkasakan tahap perpaduan rakyat di negeri ini.

No comments:

Post a Comment