Oleh: Shaimon S Jumadi
SANDAKAN : Perbezaan idologi politik bukanlah satu penghalang untuk berintraksi satu sama lain kawan tetap kawan yang susah perlu dibantu.
Ini jelas kedua pemimpin daripada Batu Sapi iaitu Datuk Haji Samsudin Yahya Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi dan Rahimah Asrah Ketua Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi yang berjiwa rakyat bersama rombongannya melawat atau menziarahi Mohd Tahir Mamong di Wad Hospital Duchess of Kent Sandakan yang kena tembak oleh perampok (perompak) minggu lepas di Estet Melangking.
Kata Rahimah, kita sesama insan perlu bantu membantu apa lagi dia mengenali Tahir Mamong sudah sekelian lama walaupun perjuangan tidak sehaluan, atas dasar kita simpati apa yang berlaku menimpa dirinya.
“Kami berdoa semoga Tahir cepat sembuh apa yang terjadi menimpa pada diri ada hikmah disebaliknya” ujar Samsudin dan Rahimah.
Samsudin merayu kepada pihak Polis agar membuat operasi besar-besaran di Ladang Melanking dan Ladang Tung Sang untuk memburu dan menjejaki perompak-perompak itu yang masih berkeliaran dalam ladang-ladang berhampiran. "Kemungkinan akan melakukan lagi rompakan di ladang-ladang lainnya” ujarnya.
No comments:
Post a Comment