PENGHORMATAN TERAKHIR...Jamawi (empat dari kanan) ketika menyaksikan keranda Allahyarham Jamaluddin dikeluarkan dari Unit Fronsik HKL untuk dibawa ke kediamannya di The Mines Seri Kembangan Selangor.
Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar adalah antara pemimpin dari Pergerakan Pemuda Umno yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang terkorban dalam nahas helikopter AS 365N2 Dauphin yang dinaikinya terhempas bersama lima penumpang lain yang di Jalan Sungai Lalang Kampung Pasir Baru Semenyih petang sabtu lepas.
Jamawi bersama kenamaan lain hadir di Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur seterusnya mengiringi jenazah ke kediaman allahyarham di The Mines Seri Kembangan Selangor sebelum di bawa ke Perkarangan Makam Pahlawan Masjid Negara untuk majlis pengkebumian.
HIBA...Jamawi bersama Naib Presiden Umno yang juga Menteri Pertahanan Dato Seri Hishammudin Tun Hussein semasa ziarah di kediaman Allahyarham
Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tenom menyifatkan pemergian Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin,63, sebagai satu kehilangan besar kepada Negara dan parti; allahyarham merupakan ikon pemuda yang pernah memimpin Pergerakan Pemuda Umno.
Nahas itu turut mengorbankan Ketua Setiausaha Sulit Najib, Datuk Azlin Alias, Juruterbang Kpt Clifford William Fournier, pembantu operasi Aidana Baizieva, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran dan ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang.
No comments:
Post a Comment