Oleh: Shaimon S Jumadi
SESAK....Masalah parking kereta yang serius di Hospital Duchess of Kent Sandakan
SANDAKAN : Disebabkan kekurangan tempat letak kereta (Parking Space) di kawasan Hospital Duchess of Kent Sandakan (HDOKS) kini telah menimbulkan kontroversi dalam kalangan pelawat dan pengunjung setempat.
Dengan itu, Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong bertanya kepada Menteri Kesihatan Datuk Seri Subramaniam semasa dalam persidangan Parlimen tentang masalah kekurangan tempat letak kereta di hospital Sandakan, dan mengatakan kerajaan tidak ikhlas dalam menangani masalah tersebut hingga menimbulkan kemarahan dalam kalangan orang ramai yang sering berkunjung sama ada untuk mendapatkan rawatan mahupun melawat kepada pesakit.
Wong menyoal Menteri Kesihatan dalam sesi soal jawab di persidangan Parlimen, adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk menaiktarafkan kemudahan hospital Sandakan, terutamanya masalah kekurangan tempat letak kereta yang telah timbul sekian lama, serta cadangan untuk membina tapak letak kereta. Subramaniam membalas, setakat ini kerajaan tiada rancangan untuk berbuat demikian, tetapi kerajaan akan membuat pertimbangan dan kajian terhadap cadangan ini.
Wong amat tidak berpuas hati dengan jawapan ini, beliau berkata”kerajaan sering kali menggunakan alasan sebegini untuk melayan rakyat, membiarkan rakyat menunggu, sampai bilakah rakyat kena menunggu? Saya meminta menteri memberi jawapan yang jelas kepada saya, dapatkah kerajaan menambahkan tempat letak kereta di hospital Sandakan, kerana masalah ini semakin serius, memerlukan cara penyelesaian segera!”
Seterusnya, Menteri berkata kerajaan akan mempertimbangkan untuk menjadikan padang di hospital Sandakan sebagai tapak letak kereta sementara, tetapi beliau tiada menyebut bilakah ia dapat dilaksanakan.
Wong berpendapat bahawa, jika kerajaan mempunyai rancangan sedemikian, maka seharusnya melaksanakannya dengan segera, kerana hospital merupakan kemudahan awam yang amat penting kepada rakyat, kerajaan patut membuat pertimbangan mengikut keutamaan.
Jika padang tersebut dapat dijadikan tapak letak kereta sementara, ia dapat menambahbaikan keadaan, tetapi bagi jangka masa yang panjang, kerajaan harus meningkatkan kemudahan hospital secara menyeluruh, termasuk menambahkan bangunan letak kereta, supaya masalah dapat diperbaiki.
Wong mengkritik kerajaan langsung tidak ikhlas untuk memberi tumpuan kepada kemudahan hospital awam.
Beliau mengingatkan kerajaan, kini negara kita masih terdapat lebih daripada 80% pesakit memerlukan perkhidmatan hospital awam, tetapi perkhidmatan dan kemudahan hospital awam semakin teruk; bukan sahaja penuh sesak dengan orang, malah banyak kemudahan perubatan juga tidak setanding hospital swasta, tempat letak kereta juga tidak mencukupi.
Ketidakhirauan ini adalah masalah yang serius dan menunjukkan kerajaan langsung tidak berniat untuk menyediakan perkhidmatan perubatan awam yang baik kepada rakyat.
Sebagai contoh, pesakit terutamanya orang tua beratur dan menunggu untuk mendapatkan rawatan di hospital, bukan sahaja mungkin tiada tempat duduk, malah kena menunggu selama beberapa jam. Ada juga hospital awam yang tidak dilengkapi dengan penghawa dingin, pesakit terpaksa menunggu lama dalam keadaan yang panas, ini adalah tidak munasabah.
Selain itu, disebabkan tempat letak kereta tidak mencukupi, pesakit yang datang awal dapat tempat untuk letak kereta, manakala pesakit yang datang selepas itu terpaksa “double parking” di depan tempat letak kereta, menghalang kereta orang lain, keadaan ini menimbulkan banyak masalah.
Kata beliau, masalah tersebut adalah disebabkan permintaan terlalu tinggi yang mana bilangan orang yang memerlukan perkhidmatan hospital awam banyak.
Tetapi sejak beberapa tahun ini, pertumbuhan hospital swasta adalah lebih tinggi berbanding dengan hospital awam, ini menunjukkan kerajaan tidak prihatin terhadap hospital awam; menyebabkan sebahagian besar lapisan masyarakat yang miskin tidak mendapat sumber perubatan atau rawatan yang sama rata.
Walaupun kerajaan terdapat bajet yang banyak bagi sektor perubatan setiap tahun, tetapi masih tidak mampu untuk menangani keperluan perubatan yang tinggi, kerajaan harus memandang serius dan mengatasi masalah ini.
Wong bertambah, hospital yang berada di ibu negara dan Bandaraya mungkin tiada masalah yang serius, tetapi hospital awam dan klinik di kawasan pedalaman mungkin mengalami kekurangan sumber yang lebih teruk, bukan sahaja kekurangan doktor, malah perlengkapan perubatan juga tidak mencukupi.
Wong juga berkata, beliau pernah mencadangkan di Parlimen untuk menambahkan pusat rawatan tumor dan alat radioterapi di hospital Sandakan, ini kerana seluruh Pantai Timur Sabah tiada peralatan pakar dan pusat perubatan untuk merawat kanser, Sandakan dan Pantai Timur Sabah patut mendapat layanan yang adil!
Beliau berkata, perubatan merupakan sumber awam dan hak asas rakyat, kerajaan patut menambahbaikan perubatan awam, barulah dapat menjamin keselamatan dan kehidupan rakyat. Menjadikan hospital awam setaraf dengan hospital swasta, mempunyai kemudahan yang lebih baik dan sumber yang mencukupi untuk membantu mereka yang memerlukan, ini adalah hak asas dan maruah setiap orang!
No comments:
Post a Comment