AMANAT...Jamawi ketika berucap merasmikan mesyuarat berkelompok tersebut
Tenom: Pemuda Umno perlu memperkasakan peranan pergerakan itu dalam berdepan kritikan dan tohmahan pembangkang termasuk isu-isu semasa yang dihadapi oleh parti.
Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Jamawi Jaafar berkata, anggota Pemuda jangan terperangkap dengan pelabagai isu yang cuba dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu sebaliknya pemuda perlu memberikan tumpuan bagi meneruskan agenda perjuangan parti demi kepentingan Negara dan rakyat.
SOKONGAN...Antara ahli pemuda yang menghadiri mesyuarat tersebut
“Umno adalah wadah perjuangan melayu atau bumputera, banyak perjuangan yang telah dimainkan oleh parti keramat ini yang telah membawa rahmat dan nikmat kepada Negara dan rakyat, justeru sebagai pemimpin pelapis menjadi tanggungjawab kita (pemuda) memelihara serta mempertahankan institusi Umno agar kekal relevan” katanya ketika berucap merasmikan serentak mesyuarat berkelompok cawangan cawangan Pergerakan Pemuda Zon Tomani di rumah Kebudayaan Kalibatang Lama dekat sini kelmarin.
PELUANG...Naib Ketua Pemuda Umno Tenom Rusali Andiar turut berucap semasa majlis tersebut
Hadir sama Naib Ketua Pemuda Rusali Andiar, Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Tenom Imam Mohd Tahir Taslim dan ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom.
Sehubungan dengan itu, Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom meminta kepimpinan pemuda di semua peringkat agar memainkan peranan bagi memastikan Umno sentiasa relevan serta selari dengan perkembangan semasa dengan memberi idea serta pandangan bernas.
“Apa juga isu-isu yang dihadapi parti masa kini, kepimpinan tertinggi mempunyai mekanisme untuk menanganinya, tanggungjawab kita (pemuda) ada memastikan sokongan ahli diperingkat akar umbi kepada Umno dan Barisan Nasional kekal terutamanya bagi menghadapi PRU akan datang” tegas Jamawi.
AMANAH...Jamawi (tiga dari Kanan) diapit oleh Naib Ketua Pemuda Rusali (kiri) dan Penolong Setiausaha Imam Mohd Taslim (kanan) semasa menghadiri mesyuarat berkelompok tersebut
Dalam hubungan ini, Jamawi berharap pemimpin pemuda perlu melakukan segmentasi bagi menarik minat golongan muda yang terdiri daripada pelbagai latar belakang untuk berjuang bersama sama UMNO.
“Jadi kita perlu melakukan segmentasi yang lebih sesuai bagi mendekati golongan ini khususnya remaja” katanya.
Mengulas persidangan cawangan yang sedang berlangsung ketika ini, Jamawi berkata komitmen ahli melaksanakan mesyuarat cawangan sebagai bukti rasa cinta dan sayang kepada parti.
“Inilah saluran yang telah disediakan oleh UMNO untuk ahlinya, bukan sekadar cakap-cakap kedai kopi. Segala idea dan cadangan dari inspirasi peringkat akar umbi akan diterjemah ke peringkat tertinggi,” ujarnya.
.
Katanya, isu-isu tempatan ini sudah pasti akan diangkat ke peringkat yang lebih tinggi untuk diselesaikan. Ini secara tidak langsung menunjukkan UMNO sebagai parti yang menjuarai apa sahaja yang berkaitan kepentingan dan kebajikan rakyat.
No comments:
Post a Comment