Oleh: Darrel Mat Salong
Gambar SAMBUTAN RAYA KEMABONG....Kelihatan Rubin (ke-5) dari kanan bersama para pemimpin tempatan dan pegawai kerajaan negeri serta Persekutuan.
KEMABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong Datuk Rubin Balang mengulangi kenyataannya pada baru baru ini bahawa tindakan Perdana Menteri Dato'Seri Mohd Najib Tun Razak merombak kabinet Persekutuan merupakan satu perkara biasa.
Malahan tegasnya, pengguguran itu yang turut melibatkan Timbalannya Tan Sri Muhyddin dan 4 menteri yang lain merupakan hak dan prerogatif Perdana Menteri dimana setiap pemimpin termasuk rakyat di peringkat akar umbi harus akur dan menerimanya secara berlapang dada.
Rubin yang juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tenom seterusnya berkata, apabila ada menteri yang digugurkan dari kabinet, pastinya diganti dengan lain. Ianya juga bukan suatu tindakan berbentuk peribadi kerana para menteri sentiasa silih berganti,
walaupun perlantikan berdasarkan pilihan peribadi Perdana Menteri.
“ Ia ibarat pepatah ada mengatakan carik carik bulu ayam akhirnya bercantum juga kerana ini merupakan masalah dalaman sebagai satu keluarga parti....dimana kita harus meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan mengatasi kepentingan peribadi.
“ Perselisihan pendapat tidak semestinya ia menjadi perbalahan...sebaliknya ianya berlaku kerana pemimpin inginkan suatu pelan tindakan yang lebih mantap dan konsisten,” katanya kepada hadirin ketika merasmikan rumah terbuka Hari Raya Adil Fitri peringkat daerah kecil Kemabong yang diadakan diChinta Mata dekat sini pada Jumaat.
Turut hadir, bekas Adun Kemabong Esar Andamas, Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) Kemabong Sukimin Rukini, para pegawai kerajaan negeri dan Persekutuan, Ketua Penerangan Umno Tenom Suraimi Magi, AJK Bahagian Umno, Pemuda dan Wanita Umno serta para pemimpin masyarakat tempatan.
Dalam pada itu, mengulas tentang rumah terbuka itu, Rubin menyeru masyarakat dari berbagai etnik dan kepercayaan agama dikawasan itu agar terus bersatu dan memupuk semangat muhibbah antara satu dengan yang lain untuk sama sama memeriahkan perayaan itu sepertimana konsep 1Malaysia.
Dengan adanya rumah terbuka seperti itu, semua kaum dapat berkumpul dan bermesra seterusnya budaya kunjung mengunjung semasa perayaan Hari Raya Aidil Fitri terus dipertahankan malah ianya perlu dijadikan sebagai landasan untuk mengukuhkan perpaduan.
No comments:
Post a Comment