Monday, 1 April 2013

JANGAN CEROBOH TAPAK KEBAKARAN






TUNGGU...Dato Sri Nasir (dua kanan) diringi Kapitan Cina, Dato Chao Yan San (tiga kanan) dan Ketua Daerah, OKK Haji Musa Sabaani (kanan) mendengar penerangan pemilik kedai Eng Kee, Madam Ng (tiga kiri) sempena meninjau tapak kedai empat pintu yang terbakar di pekan Semporna pagi tadi.

Oleh : ARSHAD HUSSIN

SEMPORNA: Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Dato Seri Haji Nasir Tun Sakaran meminta orang ramai sentiasa mematuhi arahan pihak polis dengan tidak memasuki premis kebakaran bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Katanya,bangunan premis dan prasaran  kebakaran merupakan kawasan kawalan dan tidak dibenarkan sesiapa memasukinya.

Nasir berkata demikian semasa meninjau dan melawat tapak kebakaran premis perniagaan kedai pekan Semporna.

Kebakaran pada pagi Ahad (31 Mac 2013) itu memusnah empat pintu kedai termasuk kedai emas dan kedai kasut dan barangan runcit.

Turut serta dalam tinjauan itu Pemimpin UPKR Kawasan Dun Senallang,Haji Tahir Amir;Ketua Daerah Semporna,OKK Haji Musa Sabaani;Kapitan Cina Kawasan Bubul,Datuk Chao Yan San; kakitangan UPKR dan Adun Kawasan Senallang.

Nasir berkata, punca dan jumlah kerugian kebakaran belum lagi dapat dipastikan serta masih dalam siasatan.

No comments:

Post a Comment