Thursday 6 August 2015

SPRM pertahan siasatan pada akaun PM




Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dana SRC International Sdn Bhd yang didakwa ditemui dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak  adalah berlandaskan kepada undang-undang.

"Tanpa adanya sebarang niat jahat," kata sumber yang rapat dengan siasatan SPRM.

"Berdasarkan seksyen 72 Akta SPRM 2009, pegawai kami diberi kekebalan dari sebarang tindakan undang-undang dalam menjalankan siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta ini memandangkan siasatan yang dijalankan adalah dengan suci hati."

Seksyen 72 Akta SPRM adalah satu klausa yang panjang, antaranya menyatakan, "tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau apa juga prosiding lain boleh diambil, dibawa, dimulakan, atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa terhadap kerajaan Malaysia, mana-mana pegawai SPRM, mana-mana anggota lembaga penasihat atau jawatankuasa khas SPRM atau mana-mana orang yang dengan sah bertindak bagi pihak suruhanjaya itu, dengan syarat perbuatan atau pernyataan itu dilakukan atau dibuat dengan suci hati."

Peruntukan ini dipercayai digunakan dalam mempertahankan SPRM daripada tindakan undang-undang dyang difailkan oleh keluarga Teoh Beng Hock keluarga yang ditemui meninggal dunia pada 2009 di luar pejabat SPRM selepas dia disoal siasat oleh pegawai SPRM.

Bagaimanapun, kes sivil itu telah diselesaikan secara baik sebelum ia sampai kepada perbicaraan penuh apabila kerajaan bersetuju untuk membayar RM660,000 sebagai ganti rugi.

Tujuh pegawai SPRM setakat ini telah disoal siasat oleh pihak polis di bawah Seksyen 124B bagi aktiviti yang "memudaratkan demokrasi berparlimen".

Pertama yang disoalsiasat ialah timbalan pendakwa raya SPRM, Ahmad Shazalee Abdul Khairi, oleh tiga pegawai kanan - Pengarah bahagian operasi khas Datuk Bahri Mohd Zin (gambar), pengarah forensik IG Chandran dan orang nombor tiga Bahri - Roslan Che Amat .
 
Dua pegawai penyiasat yang bertugas di bahagian operasi khas juga telah disoal pada hari Selasa, dan ini diikuti oleh pihak polis menyoal siasat timbalan Bahri - Datuk Tan Kan Sai - yang merupakan seorang yang ketujuh dalam senarai itu.

Terdapat ketidakpastian sama ada dua daripada pegawai SPRM - Roslan dan pegawai penyiasat kes itu - telah ditangkap semalam dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikannya, manakala Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali bertegas sebaliknya.

Polis juga telah menggeledah pejabat khas bahagian operasi SPRM pada hari Sabtu dan sekali lagi malam tadi. Difahamkan polis juga mengeledah rumah pegawai disoal siasat itu, termasuk Bahri.

Ini membuat Bahri memberitahu Malaysiakini bahawa beliau akan mencari dalang yang mengarahkan polis mengganggu pegawai SPRM dan dengan itu menjejaskan siasatan mereka terhadap akaun bank Najib.
Dilaporkan SRC telah memindahkan sejumlah RM42 juta ke dalam akaun Najib pada akhir tahun lalu dan awal tahun ini.

SRC International dimiliki Kementerian Kewangan yang diketuai oleh Najib.

Ini adalah sebagai tambahan kepada AS$681 juta yang didakwa dipindahkan ke dalam akaun bank Najib pada Mac 2013 - dua bulan sebelum pilihan raya umum diadakan.

Najib telah mendakwa bahawa beliau tidak mengambil apa-apa wang untuk kepentingan peribadi, manakala SPRM berkata wang tersebut adalah "sumbangan penderma".  (Malaysiakini)

2 comments:

  1. 2.6 bilion. Wang yg sepatutnya wang utk rakyat telah melalui proses kebelakang pengetahuan rakyat dan pemimpin-pemimpin tinggi umno/bn sendiri iaitu melalui akaun peribadi milik datuk najib tun razak sendiri.Bayangkan akaun yg ghaib dari pandangan mata rakyat sebelum dijumpai terkorek oleh sprm akibat drpd usaha pihak-pihak tertentu yg sentiasa menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat agar terus terpelihara dgn telus. Cerita 1mdb telah membongkar rahsia akaun peribadi pm dan cuba kita bayangkan..sekiranya hal ini tidak diketahui ramai sehinggalah pm bersara...pasti ada cerita kemudian nanti iaitu "pisang berbuah dua kali" yg mana sekali lagi anak bekas seorang perdana menteri berada dikedudukan 10 org terkaya di malaysia dgn kekayaan berpuluh bilion dgn sejarah modal perniagaan yg meragukan. Hari ini 2.6 bilion masuk akaun pm,esoknya 86juta diperuntukkan utk jalan aspal di sarawak sejauh dekat-dekat 100 km. Bayangkan 2.6 bilion dn bayangkan jalanraya yg ada di tempat kita yg dekat dgn bandar..cuma 10-20km dari bandar..jln pn cuma 4km panjang tpi masih gravel dn teruk (tk cukup peruntukan konon)...akhir-akhirnya..tu ha..mokhzani tun M dn Najib razak.

    ReplyDelete
  2. Dari lah cerita rantai mahal,kemudian bla-bla-bla,dan kini akaun peribadi misteri (penderma tk pasti-tk pernah tunjuk muka kat court) . cuma kenyataan KONON drpd ketua polis negara.

    ReplyDelete