Saudara Pengarang,
SABAH negeri yang dahulunya kaya, tetapi selepas bertahun-tahun diperintah BN akhirnya meskipun kaya namun beginilah senarionya dan layak dimasukkan ke dalam Guinness Book Of World Record berdasarkan fakta berikut;
01.Negeri termiskin di Malaysia pada tahap 37%.
02.Tahap pendidikan paling ‘TERCOROT’ di Malaysia.
03.Jumlah PATI kini 1.7 juta dan lebih setengah juta menjadi pemilih berdaftar dan menjadi Fixed Deposit UMNO dan hampir sejuta telah memperolehi MyKad yang mempunyai sistem biometrik sekalipun tidak pandai berbahasa Melayu dan kononnya dilahir di Kota Marudu.
04.Tanah YB/Menteri mohon jual kepada taukeh Cina Sarawak atau Cina Semenanjung atau Cina Hong Kong yang mendapat Sijil Anak Negeri Palsu. Semua ada bukti tetapi hanya menjadi warga tong sampah. Ada kes masih dalam perbicaraan di mahkamah, lahir di Negara China tetapi mendapat status Anak Negeri dan memiliki beribu ekar tanah berstatus NT. Mantan Pesuruhjaya Polis yang berasal daripada Malaya mendapat tanah 1,400 ekar dan ramai lagi, sedangkan Anak Negeri Sabah menggigit jari setelah tujuh keturunan memohon.
05. Belia kita lari ke Malaya kerja kilang dan ramai di jalan P Ramlee jadi GRO/Tukang Urut dan ada yang jadi pelacur kena bunuh dan merempat di Lembah Kelang kerana tiada peluang kerja di Sabah yang dibolot PATI.
06. Baru jadi menteri dua tahun sudah mampu memiliki istana RM17 juta dan Mantan Ketua Menteri kalah judi RM25 juta di London.
07. Telaga minyak bernilai berbilion RM diserahkan kepada negara jiran dan rakyat Sabah putih mata.
08. Sabah kelihatan cantik dan menawan dengan adanya Universiti Malaysia Sabah (UMS), Gunung Kinabalu, ladang kelapa sawit dan macam-macam lagi, tetapi rakyat menderita dalam kemiskinan. Kemiskinan di Malaya hanya 10-12% meskipun di bawah pemerintahan kerajaan pembangkang seperti Kelantan, tetapi Sabah yang dipimpin BN, miskin 37% pada hal negeri Sabah kaya dengan hasil masyhul.
09. Banyak lagi kejayaan yang boleh dimasukkan ke dalam rekod Guinness kerana lebih sedih daripada ‘Epik Arab’ Kisah Seribu Satu Malam tetapi cukuplah tujuh kejayaan BN direkodkan untuk ulang tahun kemerdekaan 2010.
Salam Hormat,
ISMAILY BONGSU
No comments:
Post a Comment