Saudara Pengarang,
PERTAMA kali setelah 38 tahun saya lahir di dunia ini, seorang sahaja rakyat Sabah yang berani mengatakan di media untuk "menghalau semua PATI keluar daripada negara ini."
Sebelum ini mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai pemimpin termasuk TYT, Perdana Menteri, Ketua Menteri, Wakil Rakyat dan sebagainya hanya membisu seribu bahasa. Saya amat berterima kasih kepada Mutalib M.D, iaitu C.E.O & Editor Sabahkini.net.
Jika ada peluang, saya harap anda dapat memimpin dan merencana kerangka pelan tindakan bersama dan membahagi tugas-tugas khas untuk menjayakan perjuangan murni ini. Saya ingin tahu bagaimana caranya menyokong anda agar anda tidak keseorangan meneruskan perjuangan yang belum selesai ini.
SABAH TANAH AIR KU (Tahukah PATI nyanyi ini ?)
Sekian Terima Kasih.
EDWIN ENGGING
Rakyat Tulen Sabah.
(NOTA: Terima kasih atas sokongan anda. Sumbanglah artikel atau bantuan kewangan agar Sabahkini.net terus bermaya memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah .)
No comments:
Post a Comment