Wednesday, 29 September 2010

SULTAN TAWI-TAWI DILOKAP?



Saudara Pengarang,

SAYA agak terkejut membaca artikel bertajuk ‘Sultan Sulu Beristana di Rumah Merah’ dan merasa agak terkilan jika benar Sultan Mohammad Aidal Aliuddin ditabalkan sebagai Sultan Tawi-Tawi sedangkan beliau memegang Pasport Filipina yang tamat tempoh dan dalam masa yang sama memiliki Mykad Malaysia?

Jika Sulu sebuah negara berdaulat, sudah pastinya Sultan Sulu termasuk yang palsu, memegang pasport Sulu dan mereka mempunyai Kedutaan mereka di Sabah atau di Kuala Lumpur.

Persoalannya kenapa Kerajaan Malaysia membenarkan Sultan Sulu dan Sultan-Sultan palsu memasuki Sabah secara bebas dan ada yang ditaja oleh Kerajaan Negeri Sabah sedangkan mereka adalah ‘Penyamar’ dan ‘Badot Sarkas’ tajaan UMNO yang selama ini menggunakan warga Sulu sebagai Fixed Deposit untuk memperkasa politik Sabah?

Saya terkesima apabila warga Suluk tempatan terpengaruh dengan penyamar yang disewa oleh pemimpin UMNO untuk menuntut Sabah dan menggembar-gemburkan isu Tuntutan Filipina dan Waris Sultan Sulu sedangkan majoritinya memegang Kad Pengenalan Malaysia atau passport Filipina.

Kerajaan sewajarnya menangkap penyamar dan badot UMNO ini di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana mengancam keselamatan Negara; sebaliknya mereka ini ‘dipuja dan dipuji’ sebagai Sultan yang adil dan wajar diserahkan kembali ‘Takhta’ dan negeri Sabah kepada mereka.

Saya tidak tahu kenapa Polis tidak menahan ‘Pembakar Bendera Sabah’ di bawah ISA sedangkan seorang kartunis bernama Zunar yang mengekspresi bakatnya melalui kartun disumbat ke dalam ISA atas tuduhan menghasut?

Akhir sekali, saya mendesak agar Kerajaan Malaysia menyekat kebangkitan Sultan Palsu di Sabah dan menghentikan dakwaan bahawa Sabah milik Sultan Sulu yang semakin berlumba-lumba untuk menuntut Sabah, sedangkan penduduk asli Sabah bertambah gusar kerana bilangan pendatang asing lebih ramai daripada mereka; terutama ketika pemimpin masih bertelagah dengan makna slogan ‘1Malaysia’.

Salam Hormat,

SULUK SABAH

1 comment:

  1. agaknya PRU13 ni UMNO nak kalah dan terus undur dan mampos kot?????

    ReplyDelete