TUMPAH.... Bekas tumpahan minyak yang diakibatkan oleh lori tangki dalam kemalangan baru-baru ini tidak dibersihkan sehingga membahayakan pengguna.
Oleh: IBRAHIM TABIR
SIKAP pemandu merupakan antara penyebab boleh berlakunya kemalangan di atas jalanraya. Itu memang diakui banyak pihak. Muatan lebih, memandu dengan kelajuan melebihi had yang ditetapkan, antara punca terjadinya insiden seperti kemalangan maut atau kerosakan pada kenderaan yang terlibat.
Bagaimanapun, kajian juga perlu dijalankan di kawasan lokasi-lokasi yang dikenalpasti sering berlaku kemalangan.
"Ia termasuklah pemantauan struktur jalanraya sama ada ia selamat untuk dilalui oleh pelbagai jenis kenderaan atau tidak bagi mengelakkan Kunak digelar sebagai Zon Kemalangan Maut yang sering berlaku sejak akhir-akhir ini," kata Ketua Angkatan Muda PKR Kunak, Citra Masadi ketika menghubungi wartawan sebagai mengulas kejadian kemalangan membabitkan sebuah lori pengangkut buah kelapa sawit di kawasan bulatan jalan dekat Replika Udang di Kunak.
Dalam kejadian terbaru pada 17 September minggu lepas, sebuah lori dengan muatan buah kelapa sawit terbalik apabila pemandunya sedang membuat pusingan di bulatan jalan berhampiran replika udang di situ.
Kejadian yang sama juga pernah berlaku di lokasi berkenaan pada 9 Julai lalu membabitkan sebuah lori pengangkut buah kelapa sawit. Kes itu telah dilaporkan menerusi media tempatan.
Citra berkata, adalah perlu pihak berkuasa yang terbabit seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pejabat Daerah Kunak mendapatkan satu keputusan bersama dalam memastikan kejadian serupa tidak berulang melalui kajian dan konsep 'turun padang' pegawainya ke lokasi untuk mendapatkan lebih banyak maklumat perlu dalam hal berkaitan.
Menurut Citra, apabila kes kemalangan berlaku, sudah tentu ada beberapa faktor penyebabnya yang diketahui termasuklah kesilapan pemandu itu sendiri sama ada tidak mematuhi peraturan lalulintas atau insiden itu disebabkan faktor jalanraya.
"Di sinilah kenapa perlunya sesuatu kajian itu dijalankan dengan rapi menerusi konsep turun padang oleh para pegawai kerajaan dan bukan sekadar menerima laporan atau mendengarnya melalui pembacaan (media). Spekulasi atau andaian perlu dikurangkan dan jika boleh dielakkan dalam membuat sesuatu keputusan", kata Citra.

No comments:
Post a Comment